Thursday, July 29, 2010

TERKINI DISINI (BLOG AKU)

 Jangan terlalu taksub pada title kat atas tu ye, blog aku ne dah berkali2 bertukar kulit. Tu ler kalau tak berpendirian, Tapi kali ni aku memang dah sah2 jatuh cinta pada si pink ni, lembut, memang susa sangat ler. Insyalah ni kulit kekal kat dalam blog ne. Sebut pasal berpendirian ne aku nak cerita pasal giler sesangat ngan english style ne. Tapi tu kata jenjiran dan kengkawan ler. Ha! pasal bab tu aku teguh pendirian. Sekali terpaut pada english style, shabby2 ne lagi2 pink & flower. Eeeeeeee....... suka sangat. Aku ne memang suka mengemas, mencantikkan umah, dan boleh kata nak bersih2 jer. Nak wat cam ner, dulu mak aku yang menitik beratkan kekemasan, kebersihan. Dulu aku duk umah kayu, atas air lagi. Walaupun kami boleh diketegorikan sebagai penduduk kurang mampu kerana pendapatan ketua keluarga kurang dari RM,800.00 sebulan untuk menyara 6 orang anak. Boleh ler tu. Ditambah dengan isteri yang tak bekerja. Bila adik yang bungsu dah sekolah rendah mak dah mula bekerja. Aku adalah pekerja tetap dalam hal2 mengemas, membasuh dan memasak. Tingkatan satu aku dah pandai memasak. Masa aku sekolah rendah lagi aku dah minat hal2 ne semua. Yang lawaknya cara aku nak cantikkan bilik. Katil 2 tingkat, kenkononya nak buat motif lukisan kat dinding. Aku cat bilik warna hijau gelap pastu lukis gambar bintang & bulan warna putih. 2 ketul jer. Bagi aku lawa ler tu. Bila mak dah mula kerja rumah dah jadi cam home alone, pepagi memasing sibuk. Ada yang nak kesekolah, ada yang nak pergi kerja. Tu yang dari bilik air hingga ke ruang tamu baju bersepah, pinggan mangkuk berlambak kat singki sebab masak tuk bawak bekal, sampah kat lantai. Bila balik sekolah tu semua menanti aku. Satu hari ajak kawan datang umah sebab nak sambung ke kelas olahraga sebelah petang. Mak oi! terkejut dia nengok umah aku yang macam kucing beranak. Dengan sepantas kilat aku siapkan kerja. Mak aku paling tak suka bila dah angkat kain tak lipat sekali. Paling tak suka bila kat singki ada pinggan yang belum disusun kat rak pinggan. Tu yang aku praktikan sampai skang. Aku dah terbiasa.....kekadang bila balik kampung nampak mak cik aku tengah basuh baju......mak aku "noreen tolong mak ngah cuci baju" mak oi! aku ne orang gaji ke? (dalam hati) kwang3.........Tu yang kalau tak buat kerja umah sehari badan ne akan sakit dan lemah sebab aku dah terbiasa. Teguh ler tu pendirian aku.
Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers