Tuesday, July 20, 2010
PEKENA?
Salam semua, semenjak dua menjak ne aku rajin pulak kedapur memasak. Macam2 juadah aku bikin. Aku baru belajar buat ais cream durian. Sedap.........bawak kat ofis, ofismate makan tak leh henti......sori la ea n3 tak bergambar, masak rajin amik gambar cam malas jer. Jumaat lepas anak sedara abah mintak izin nak jaga ngan bawak balik umah dia kat muar tuk berubatkan abah. Anak sedara abah ne pandailah gak tentang ubatan tradisional ne. Abah kat sana 2 minggu. Aku sedih bila diaorang nak bawak abah. Along ngan abang pun dah buat kata sepakat biarkan sepupu dia jaga abah. Lagipun kat sini tak de orang nak jaga. Abah kena di pantau 24 jam. Jalan pun abah kena dipinpin. Abah suka meracau, selalu sebut nama kawan2 dia yang dah meninggal. Abah anggap arwah mak masih ada. "mak kau baru jer abis masak tu, abah lapar ne nak makan". Bederau darah, bila kita tanya mak pakai baju warna apa? abah jawab "putih". Apa pun harap abah boleh sembuh......amin......