Thursday, July 29, 2010

TERINGAT DOLU2

 Teringat dulu2 punya cerita sedih ada, kelar pun ada. Bukan nak mintak simpati. Cuma cerita dulu kala jer. Sambil mengingatkan diri ini supaya jangan meninggi diri pada insan yang lemah. Dulu memang susah, pergi sekolah mak bekalkan 50 sen tu pun kongsi ngan kakak untuk sekolah rendah dan agama. Sib baik dapat makanan percuma (RMT) sekolah kasi. Jimat duit, gi sekolah pakai setokin yang dah kembang getah, ada gunanya jugak beli tempe hari2. (Tu lah makan ruji aku) lawak2. Dulu tempe RM1.00 sepuluh keping. Buat masak kicap, sambal...nyam2 ngan goreng garam kunyit pastu cecah kicap letak cili api.....(taip ne sambil leleh air liur aku) Sedap3. Gi sekolah bekal tempe. Tu yang kalau gaduh ngan jiran dia panggil aku muka tempe. Ha! berbalik dengan cerita stokin. Stokin dah kembang getah, kalau tak der getah tempe aku jadi giler oi.Mana tak nya, tu ler yang aku guna nak ikat kat stokin. Kasut jangan citer, selama 12 tahun sekolah (1 tahun tadika + 6 tahun sekolah rendah + 5 tahun sek. menengah). Rasa2 nya aku hanya tukar kasut 5 kali jer. Adik beradik ramai. Sampai cikgu tegur suh bli kasut baru. Sedih bila kat sekolah ada buat rombongan atau lawatan sambil belajar aku dengan pantasnya jawab tak boleh pergi. Mak tak kasi + tak der duit. Tapi kempin yang aku pergi hanya kat sekolah jer. Tido kat sekolah. ha!...ha!...ha!....Sedih bila mintak 20 sen kena pukul ngan abang, sebab mulut aku rajin jawab, menjawab ne. Sekolah menengah mak kasi RM2. Aku bijak, ceh wah....RM1 tuk tambang pergi balik sekolah. Makan bekal atau puasa olok. Lagi RM1 aku simpan tuk koko hari sabtu. Loaded skit ada RM5. Rasa macam dah kaya.......... Tapi bila aku dah kerja skang ne, dah kawin, ada rumah sendiri, kete sendiri (bukan nak berlagak atau angkuh tau) cakap jer. Rasa cam tak percaya plak. Dulu susah, orang tak mak kawan, tak mau pandang. Nak hutang kat kedai runcit selalu kena marah baru leh dapat hutang, nak pinjam duit muka rasa tebal berinci2. Susah2 tapi ada lagi yang lagi susah dari aku. Sebab tu bila tengok orang susah aku sedih. Lagi sedih kalau orang yang susah tu suka nyusahkan orang lain. Ye la nak mintak jer tak nak berdikari sendiri. Hidup atas belas ikhsan orang lain. Muka tak berharga. tak yah cakap ler buat muka seposen) cam tu mana ada harga.
Hi

Thanks for Being My Friends