Salam pagi khamis, Nak citer hal semalam punya meeting. memang lawak. Buat meeting hari bekerja dan sendiri punya cara. Tiada lagi melalui AJK, macam biasa "HANYA CADANGAN BUKAN PAKSAAN" tapi dari sms yang abang terima " Yazid pengerusi (biarpun dia hanya setiausaha) dah setuju tinggal kasi card bank ngan duit jer. Perbincangan harus di teruskan" tak ke memaksa, walhal naib pengerusi dah cakap suh sabar. Akan dibuat meeting. Susah cakap ngan orang yang dah berumur ne. Paling best aku siap rakam perbincangan dan ada yang terkejut. Bukan apa itu untuk bukti dan kalau freetime leh dengar balik meeting yang mengong tu. Kedatangan sungguh menggalakkan dengan kehadiran seorang lelaki(setiausaha) serta ibu dan anak2 memasing yang turut kecohkan suasana. 3 lawan 2 dan yang lain2 hanya menjadi pakturut, lalang ditiup angin. Memang kesian.............Bersepakat mengenakan ustazah, tak apa allah maha mengetahui segalanya. Kita tak tahu nyawa kita bila tuhan tu nak tarik. Sakaratulmaut tak kenal 3 stooges. Perasaan ne rasa sedih bila penghuni lorong maksud aku orang lama mulut dah macam longkang. Akhirkata abang dah tak kasi join ngan diorg lagi. Malah nak buat kenduri sabtu ne pun aku dilarang pergi. Kena ikut kata suami. Banyak adengan kurang memuaskan semasa berlangsungnya mesyuarat. Saling menunding jari, menyalahkan orang lain, mengata orang tu tak baik, tak fikir nak bercakap walhal dia pikir ke apa ayat yang keluar dari mulut dia. Aku pernah mengadu pada salah satu dari 3 stooges ne yang aku rasa macam nak pindah jer bila jiran2 dah tak der persamaan. Nak tau apa kakak tu kata masa meeting smlml? "Ha! ari tu ada orang kata nak pindah dah bosan duk sini tapi tak pindah2 jugak masih lagi duk kat sini" Bagus nya ayat dia, dengan lantang dan kuat dia berkata. Sedangkan pada masa itu aku meluahkan perasaan sedih. Terbongkarlah tralam dua muka, sifat keji, jijik dan tak senonoh jiran2 ku. Kesian..........macam abang cakap, dari join diorg baik jaga abah dapat pahala. betul3.......