Friday, February 18, 2011

YANG PENTING KERJASAMA

Salam pagi jumaat semua, hari ni bawak hubby gi klinik sebab batuk hubby makin teruk. Mana taknya bila batuk, muntah, batuk muntah. Dah macam orang ngandung plak muntah2. Uhui! Mintak2 lah ngandung...tapi bukan hubby, aku ler. Izzul pun dah sekolah, dah boleh lah ni. Nak beradik, Skang ni bila nampak baby jer izzul dah mula suka. Ehem2 ada can ler. Ntah ea, aku pun dah lupa cam mana rasa mengandung dan simtem2 nya. Berbalik kepada menghantar hubby ke klinik, dokter kata x der apa2 cuma cuaca jer. Tapi kami takut hubby akan mengalami nasib yang sama cam kak as. Aku akan cepat risau kalau hubby sakit @ demam. Sebabnya hanya dialah penjaga kami, maksud aku lebih kepada hero. Ingat lagi bila dekat2 nak raya kami 2 beranak kena chicken pox. Hubbylah yang menjaga kami, mengambil cuti tahunan, masak untuk kami dan melayan kerenah aku. Yang kurang kekuatan melawan penyakit. He3x......tapi masa bersalin kan si izzul secara caesarian (pembedahan) kuat plak. Kenapa aku kata kuat? Tapi kebanyakkannya orang di sekeliling aku yang mengatakan aku kuat. Kenapa? Meh sini baca lagi. Aku masuk hospital hari rabu, tu pun dah lewat 6 hari dari due date. Akhirnya aku menyerah diri. Selama 12jam kat bilik bersalin dan x bersalin-salin akhirnya aku dibawa ke bilik pembedahan. Hari pertama selepas pembedahan aku rehat sehari. Nurse yang mandikan izzul. Esoknya aku kuatkan juga kederat untuk bangun dan hantarkan izzul untuk dimandikan oleh nurse. Ha! lepas izzul siap mandi dan seterusnya. Aku pun nak ke toilet buang hajat. Dalam perjalanan nak ke katil tu aku terdengar suara baby nangis. Perasan yang tu suara izzul. Apa lagi berjalan macam berlari aku menuju katil. Dah ibu2 yang lain tercengang tengok aku. Hah! aku lupa yang perut aku masih berjahit...eeee ngeri ea? tapi nak wat cam ner. Aku terlupa sejenak bila dengar suara tangisan baby. Skali salah, baby orang lain la.....he3x Masa tu seronok jadi Ibu & Ayah. Automatik panggilan pun berubah. Dari Ayang & Abang ke Ibu & Ayah. Hubby ulang alik tengok kami berdua. Masa tu arwah mak & abah mertua masih ada. Mereka pun datang melawat aku skali. Mereka datang dengan senyuman kegembiraan bila dapat cucu yang pertama. Aku balik dari hospital hari ahad. Terus menuju ke rumah mak, 2 minggu duduk umah mak. Rasa tak sabar nak balik umah sendiri. Kenapa? sebab aku nak kemas umah. Biasalah umah kalau dah ditinggalkan kat orang lelaki. Macam2 boleh jadi. Balik umah aku mengemas, basuh baju. Sampai jiran aku takut tengok aku. Nak wat cam ner aku tak leh diam. Kat umah mak pun aku yang mandikan izzul, kemas bilik aku. Memang x reti diam ler. Masa ngandung jer aku buat kerja cam lelaki. Rutin mengemas ngan alih2 barang masih aku jalankan...he3x.....Tapi hubby banyak membantu.......sayang abang...........bulan depan hari lahir hubby & bulan mei ni anniversary kita orang. Sekejap jer 7 tahun usia perkahwinan kami. Kalau pasangan lain jenis yang romantik, kami lain skit. Tak lah romantik sangat, tapi suka buat kerja rumah bersama2.  Kenapa mak ngan abah pergi awal? Rindu ngan masakan arwah mak, rindu ngan arwah abah. Hanya doa yang kami boleh berikan.......alfatihah..........Mereka tak sempat tengok izzul membesar. Berat tanggungjawab yang kami pikul bila mereka dah tiada. Rasa macam tak sanggup nak pikul lagi. Along masih dengan dunia dia, entah bila nak beristeri. Insyalah kalau ada jodoh x kemana. Yang penting kerjasama!


Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers