Sunday, February 13, 2011

MARI BERKONGSI

Bukan kongsi apa pun, cuma cara2 nak buat apam polkadot ni. Memang rumit kerjanya. Kalau setakat nak mengadun tu guna jer mixer. Selepas tu bila nak mengukus kenalah ikut stepnya. Ok, mari kita kongsi cara2 nya.


Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Letak sesudu kecil adunan dalam cup kertas

  Kemudian intinya

 Sesudu lagi adunan untuk menutup inti tadi

 Buat dot2 guna bancuhan adunan yang diwarnakan dengan piping bag

 Dah sedia untuk masuk pengukus

 Rupa Apam polkadot setelah dikukus
 

Thanks for Being My Friends