Monday, February 21, 2011

SABTU & AHAD PUNYA CERITA.

Hari sabtu cik rin masak rendang daging ngan nasi impit. 
 So, pagi ahad cik rin bekfast yang sama. Tapi rasanya lagi sedap sebab dah dipanaskan dan rendang dah kering skit. Dah lama tak minum air kopi ni. Dulu masa arwah abah ada selalu buatkan tuk dia dan cik rin ngan izzul numpang sekaki. Cerita pasal arwah abah. Ari tu mak joyah, woooo glamour nama seh. Mak joyah ni dah tua dan uzur orangnya. Bermimpi arwah abah menangis. Semalam baru kami tahu kenapa. Bila pemasang kepok kubur call nak pasang kepok. Rupanya selama ini kami salah bersihkan kubur. Berkata dalam hati setiap kali ke kubur. Kubur siapa yang semak kat sebelah kubur yang selalu kami pergi dan bersihkan. Rupanya bila pemasang kepok nak pasang kepok kat kubur yang penuh rumput tu. Itu adalah kubur arwah abah. Patut pun arwah abah menangis. 




Ok, pas ni planning nak tanam rumput carpet kat kubur arwah mak ngan abah. Kemas skit, kalau tak bisanya bila time hujan keliling kubur akan berlecak dan kepok akan kotor. Apa pun biar nampak kemas.
Hari sabtu cik rin kemas depan umah, hari ahad hubby plak kemas belakang umah. Dah semak belakang umah sejak kami bz dengan kerja memasing. Si izzul tak lepaskan peluang numpang nyebok sekaki......

Itulah, bila dah lama x menyengah kebelakang umah, tup2 pokok pisang nipah dah tumbuh jantung pisang....Sekejapnya....ni tuaian kami buat kali ke-3 selama kami tinggal kat sini sejak 2007.
Biasanya buah pisang nipah ni tumbuh tinggi, tapi kali ni rendah sikit. Uuuurmmmm,,,,,,,rasanya tak payah pakai tali lagi kot kalau nak turunkan pisang yang dah masak nanti...uhui!
Hubby sedang memotong batang pisang yang tumbuh macam cendawan...he3x...betul ke cakap cam tu? Tapi memang betul, susah nak mati pokok pisang yang dah kita tebang pastu cincang2 tunggulnya, kadang tu siap siram racun perosak.....eh! tumbuh lagi......
Sedang ayah dan anak dibelakang umah, cik rin buat kerja cam biasa....

Order by Kak hazreen, 50pcs Apam Blossom. Kali ni cik tak buat dot2 lagi. Tapi love..heh3x.........tq kak hazreen, selalu order.........
to be continue (sbb panjang sngt n3)

Thanks for Being My Friends