Saturday, February 19, 2011

RENDANG ALA MAK KINTAN

Kenapa nama rendang ni RENDANG ALA MAK KINTAN? Ha! sebabnya resepi rendang ni adalah dari mak kintan, arwah mak mertua cik rin .Lama dah teringin nak makan rendang, baru hari ni tertunai. Nak tunggu raya lama bebenar, x raya pun boleh apa makan rendang. Senang jer nak buat, hubby pun pandai.Resepi ni dari arwah mak mertua, memang tiap kali raya arwah mak akan membuatnya. Sejak itu, ianya menjadi makanan kegemaranku tak kira bulan puasa @ hari2 biasa. Mari kita berkongsi resepi.

 Sekilo Daging Lembu

 Sekotak kecil Santan kara

 Kerisik kelapa
 
1 biji Bawang besar, 4 ulas Bawang Putih, 2 Inchi Halia,2 Inchi Lengkuas,5 batang Serai(potong kecil) & Cili api(Hijau @ merah) secukupnya. Semua bahan2 tadi di hiris dan di blendkan.


 Masukkan bahan yang di blend

 Kerisik

 Daging

 Santan

 Gaul rata, kemudian masukkan garam & serbuk cukup rasa(cik rin tak guna gula & ajinamoto)

Agak2 kuah dah kering sikit dah boleh angkat. Dan sedia untuk dihidang....

Thanks for Being My Friends