Friday, February 11, 2011

HOME MADE CHOCOLATE

Dah lama teringin nak buat sendiri chocolate. Tapi x pandai, nak gi belajar mahal nyer RM250 untuk satu sesi sahaja. Mana nak cekau duit. Godek2 kat satu forum tu terjumpalah cara2 nak buat chocolate ne. Pasni leh ler cuba.




Bahan-bahan :
1. Coklat Compound
2. Spatula
3. Pisau
4. Mangkuk aluminium
5. Flask air
6. Air panas bersuhu 70-80 darjah selsius

Langkah-langkah :

Langkah 1 : Sediakan air panas bersuhu 70-80 darjah selsius.



Langkah 2 : Potong 500 g coklat Compound, masukkan dalam mangkuk aluminium dan letakkan periuk aluminium di atas flask air.


Langkah 3 : Kacau coklat sehingga cair

Siap sudah coklat Compound yg dicairkan. Selepas ini boleh la kita memulakan membuat Handmade Chocolate.

Teknik yg akan sy ajar kepada Sdari selepas ini adalah teknik yg paling mudah dalam pembuatan Handmade Chocolate. Teknik ini diberi nama Hollow Figures. Apa itu teknik Hollow Figures ni? Teknik Hollow Figures ini adalah teknik penghasilan Handmade Chocolate menggunakan acuan coklat sahaja.

Baiklah. Terus kepada tutorial kita yg kedua.

Cara Membuat Handmade Chocolate : Teknik 1 - Hollow Figures

Bahan-bahan :
1. Coklat Compound yg telah dicairkan
2. Acuan coklat
3. Sudu
4. Peti sejuk
5. Penyisir
6. Kotak coklat

Langkah-langkah :

Langkah 1 : Masukkan coklat ke dalam acuan menggunakan sudu


Langkah 2 : Hentakkan acuan ke atas meja supaya coklat mampat dan memenuhi ruang didalam coklat


Langkah 3 : Ratakan permukaan atas acuan dan sisirkan lebihan coklat menggunakan perata


Langkah 4 : Masukkan coklat ke dalam peti sejuk sehingga keras


Langkah 5 : Setelah keras, keluarkan coklat dari peti sejuk dan keluarkan coklat dari acuan


Langkah 6 : Hias coklat mengikut kreativiti rakan2. (Gambar sekadar hiasan)

Siap sudah Handmade Chocolate yg telah dibuat menggunakan teknik Hollow Figures.
Credit to:
e-book cara membuat homemade chocolate 

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers