Tuesday, June 29, 2010

ABAH


Bangun jer tidur aku dah termenung teringatkan abah. Kat office, badan ne dah rasa macam kurang darah, kecut perut dah macam nak ambik exam jer. Perut sakit, lemah badan ne. Sampai kat HSI aku nerves dalam otak ne terpikir macam mana keadaan abah. Dari apa yang hubby cerita tentang keadaan abah aku dah boleh bayangkan skit2. Sampai kat wad HDW perasaan gemuruh sangat2. Berdebar. Banyak sangat pintu2 yang aku kena lalui. Dan setiap pintu ada butang khas yang perlu aku tekan untuk masuk dan perlu menukar selipar khas wad HDW. Bila dah masuk kawasan pesakit, aku nampak abah terbaring kaku. Badan ne dah tak kuat nak berdiri, lemah semua sendi2, sedih, air mata tak tertahan lagi lihat abah kaku terbaring. Dokter kata mata abah dah normal, celiknya dah sama untuk mata kanan dan kiri. Sesekali aku lihat mulut abah bergerak. Alhamdulilah kalau itu respon untuk abah sembuh. Tapi abah masih koma. Aku sempat ambik gambar abah. Dengan ketinggian 170cm dan normal berat abah 60kg. Tapi kini abah hanya 49kg. hanya sangkut kulit ngan tulang. Terseksa aku lihat banyak jarum2 tersemat kat lengan abah. Abah hanya diberi susu melalui hidung. Perit! terseksanya.......Dokter minta tandatangan hubby untuk benarkan satu lagi jarum tersemat kat leher abah. Apalagi ne! Tujuannya untuk disalurkan terus ke jantung. Dan akan datang air tulang sum sum abah akan diambil untuk pastikan sama ada ada kuman di otak dan paru-paru abah. Ya allah, kau lindungi insan yang terbujur kaku ini kerana kami amat menyayanginya......

Photoshop Extreme Makeover - Angela Talbot´s Old Lady

Ini dipanggil karya seni ke?

Professional Photoshop Editings

The Crevasse - Making of 3D Street Art


Seni itu indah, menakutkan andai anda terjatuh ..........

Monday, June 28, 2010

ABAH

Baru sekejap tadi aku call hubby bertanyakan abah. Tak senang aku bila aku tak tengok dengan mata kepala sendiri keadaan abah. Skang punya cerita lain, dokter kata kat dalam kepala abah ada kuman. Apa ne! semalam dokter kata kepala dan paru2 tak ada kuman. Ne cerita lain pulak. Jangan buat2 cerita bodoh! Aku rasa nak duduk sebelah abah 24 jam. Nak tengok apa yang diaorang buat kat abah. Masalah HSI ne paling susah nak melawat orang sakit, budak pun tak boleh masuk. Macam nak pindahkan abah ke HSA. Tapi kami takut nak tanggung risiko kalau2 ada yang buruk menimpa abah. Otak aku dah jem, tak boleh nak fikir dah................

ABAH

MAK ABAH

ABAH & MAK LONG


Salam pagi Isnin 28 Jun 2010, Bila satu hari 3,4 n3 aku tulis. Tentiba plak stop. Ya Allah! apalagi dugaan yang kau berikan pada hambamu ini! Aku dah tak sanggup nak hadapinya lagi Ya Allah. Kesiankanlah abah, Kalau lah ini jalan akhir untuk kau ambil nyawanya kau ambillah. Kami redha. kami tak sanggup melihat abah sengsara.................
Walaupun aku hanya anak menantu, tapi aku dah anggap abah yang aku kenal sejak tahun 2002 macam ayahku. Aku dah kehilangan seorang ibu mentua. Hanya allah sahaja yang dapat menentukan hidup dan mati, ajal maut. Rabu 23 jun, jam 2 pagi abah kena sesak nafas yang teruk. Sekali lagi abah kena tahan di wad Hospital Wakaf. Memandangkan kat sana tiada dokter pakar, peralatan pun tak lengkap. Jadi aku dan hubby ambil keputusan untuk hantar abah ke HSA pada pagi khamis tu. Sampai kat HSA abah terus masuk emergancy room. Kemudian abah di masukkan ke wad dahlia yang aku tengok rata-rata semua yang ada kat situ berpenyakit serupa, masalah jantung & paru-paru. Kaki abah bengkak, kencing manis naik 21. Dokter dah bagitau kami yang paru-paru abah memang tak boleh nak sembuh. Dokter hanya boleh beri abah ubat untuk bantu abah bernafas. Paru-paru abah bengkak teruk. Badan abah yang dulu berisi, kini hanya tringgal kulit dan tulang. Tengok dokter ambil darah abah untuk buat test hubby toleh lain, tak sanggup nak lihat abah tersiksa. Dokter pelatih yang nak ambil darah abah pun sampai 2 orang. Masalahnya darah abah tersekat x cukup satu tiub. Esoknya hubby melawat abah kat HSA, abah dah ceria skit, tapi abah x sabar nak balik umah. Abah cakap bising tak boleh tidur, sakit badan2 dia. Jumaat petang tu dokter cakap esok pagi abah dah boleh balik. Tu yang abah tak sabar nak balik umah. Tapi sejak abah masuk HSA telefon kami selalu berdering sebab abah yang call. Nak balik, Nak balik. Tak sampai hati rasanya tinggalkan abah kat HSA. Tapi nak buat macam mana tu jer yang kami boleh bantu. Kami dah tak sanggup tengok abah sesak nafas walaupun hanya 2,3 langkah nak berjalan. Tak sanggup! Sabtu pagi kami lawat abah , abah dah kemas baju2 dah masuk kan kat dalam bag. Bila nampak kami abah terus bangun nak balik. Tengok abah macam tu, aku tak terkata. Bila aku marah abah, abah diam. Nurse kat sana pun dah tak sabar nak keluarkan abah. Sebab abah asyik cakap nak balik, abah sanggup tanggung risiko katanya. Aku tau abah dah nyayuk, tak boleh nak bezakan siang dan malam. Tak ingat bila kali terakhir makan nasi. Tak sedar kalau terberak atau terkencing kat mana-mana. Ya allah! cukuplah ya allah! Ampunkanlah dosa abah kami. Permudahkanlah perjalanan hidupnya. Sabtu tengahhari abah dah boleh keluar hospital. Abah nampak ceria sebab dah boleh balik. Abah siap bagitau kat adik dia di Bukit Aping Timur, kota tinggi yang dia akan pergi majlis perkahwinan anak sedara dia. Abah beria-ia nak jumpa semua orang. Pagi-pagi lagi abah dah buat suntikan insulin kat perut, dah makan ubat. Sampai kat sana abah nampak seronok jumpa semua orang, jumpa mak dia yang dah 100 tahun tapi masih sihat cuma, telinga tak berapa nak dengar. Balik dari BUKIT APING, abah cakap ngantok jadi dia tidur kat bilik dia. Along tengok abah tidur, dia pun tidur sama. Tak tau macam mana jam 5.30 ptg abah datang kat bilik along. Along tengok abah lain macam terus call kami. Yang along cakap cuma "adik cepat datang abah dah teruk" . Apa lagi bergegas kami datang, Abah macam kena angin akhmar. Kami semua panik tak tau nak buat apa. Kemudian kami bawak abah ke Hospital Wakaf. Kat sana dokter tanya apa abah makan, Ubat apa. Dah sejam abah kat emergancy room, dokter kata terpaksa hantar abah ke HSA. Dalam perjalanan sawan abah tak kurang jadi dokter terpaksa hantar abah ke HSI jam 6.45 ptg. Sampai kat sana abah dah koma. Ya allah! kau saja yang tahu apa yang kami rasa. Kami kat sana sampai jam 12 tengah malam. Abis semua sedara mara kami telepon. Isteri adik abah serta menantu dan anak pun datang. Kemudian dokter bagi tau kami yang abah masih koma tak ada apa yang boleh dibuat hanya menunggu keputusan dari dokter tentang keadaan abah.   

LUNCH @ SDS

Wah! cakap nak diet, nak buang lemak yang dah lama bertompok tang peha, lengan, muka?, lagi2 tang perut ne.....akhirnya aku angkat bendera putih pada grilled chicken chop. Kenyang wooo....dah tu minum plak lemon tea. Ok ler tu tambahkan lemak yang dah sedia ada. Mula2 ingat nak makan roti jer. Tentiba plak ms. Ng jiran sebelah duk pelawa kat kami semua dia yang belanja. malu ah.....Last2 aku pilih sama macam dia grilled chicken chop. So, semua ikut order yang sama, malah air pun sama. Sepanjang sesi makan berlangsung dia orang ne cakap aku kelakar. Ye ke? izi pun terangkan lah yang si noreen ne memang cam ne. Kalau keluar ngan dia confirm akan gelak sakan punya.....Tu sebab kot aku tak kurus2, lagi2 tang muka yang sembab + tembam. Semalam aku cuma sarapan oat munchys, lunch oat munchys, tea time pun oat munchys......balik umah malam makan nasi kerabu...tu yang kenoning skit......kata kawan aku....Tu nak membunuh tu......Kadang aku terfikir, gemuk ke aku? 68kg = 167cm gemuk? jawapan yang ikhlas dari pengiraan BMI..........anda overweight.....tak ke gemuk tu. Tapi bila orang yang pandai jaga hati aku. Akan tegur, you tak gemuklah. Sesuailah ne......Jangan macam anoroksia...eeeeeeeeee......takut...tu tinggal tulang ngan kulit......(gambar credit to yahoo, lupa nak snap pic tadi)

Wednesday, June 23, 2010

MAAF

MAAF BLOG MASIH DIRENOVASI...........

Rumahtangga?

Bukan nak cerita hal rumahtangga, tapi kisah si aziq ne. Dalam perjalanan nak balik umah tu dia tanya.

Aziq: Ibu ada rumahtangga?

Ibu: ????ada…kenapa?

Aziq: Ibu ada berapa rumahtangga?

Ibu: (Senyum, tapi mata melihat ke arah ayah yang sedang memandu.) Kenapa? siapa yang tanya?

Aziq : (Ketawa dengan riak wajah ceria.(suka giler) x de lah aziq yang tanya.

Bila ayah bukak jer pintu umah, aziq meluru masuk kemudian aziq merengik.

Ibu: kenapa ne?

Aziq: Mana rumahtangga aziq?

Ibu:??????Rumahtangga apa?

Aziq:Yang besar tu macam rumah, yang aziq tunjuk kat ibu tu ari tu……

Ibu:Oooooo…rumah barbie doll yang aziq tengok kat UO. Tu mainan girl lah, aziq boy. Nak sekolah x?

Aziq terus senyap…setelah dipujuk ayah. Nak sekolah tak boleh beli mainan. lagi satu aziq boy.

P/S: Baru ku tahu itu rumahtangga…………..tapi bukan ke itu mainan gegirl punya?

100_1116

MAMPU KE?

Tajuk atas tu bukan nak menunjuk, bukan nak bangga,riak,takbur paling teruk pun bukan nak bercerita yang aku ne mampu ler sangat. Sebenarnya nak cerita pasal……..penah tak korang pergi mana2 shopping centre, kedai, tak kesahlah mana2 kedai pun. Korang nak beli satu barang. Pastu adalah salesgirl ne yang berbudi perkerti lagi mulia. memang kerja dia nak jual barang. Tapi cara dia bertanyakan soalan macam perli jer. ne dialognya.

Situasi dikedai kek:

Pembeli: Saya nak kek yang ne(sambil jari menunjuk pada kek yang dah berkenan)

Salesgirl: Yang ne ke kak? Yang ne RM4.50 tau.(Dengan gaya yang aku terperasan dan riak muka salesgirl ne macam bertanyakan soalan tanpa bersuara. mampukah aku membelinya.

Pembeli: Ya, yang ini. (macamlah aku tak sekolah nak baca tanda harga pada kek tu.) Aku sedar yang pada masa tu aku hanya memakai selipar murah, t-shirt dan seluar treksuit serta tudung rm1.) kecik ati ne.Mungkin kalau aku memakai pakaian yang jenama, Kasut jenama, mungkin dia akan layan 1st class kot.


P/S: Cerita yang sama juga baru terjadi semalam masa nak membeli pengalas meja(plastik). Don’t judge a book by it’s cover. Ceh wah! betul apa. macam, pengarah syarikat kat tempat hubbyku yang keluar shopping hanya memakai seluar pendek, t-shirt dan selipar jepun. Tapi hakikatnya dalam poket tu berkepul2 helaian kertas yang $$$$$$.

Tuesday, June 22, 2010

ANGRY

Tengok gambar kat atas ne, dia tengah marah tu jangan main2. Kang silap2 kena lempang laju2, sia2 jer. Aku baru lepas ada perasaan ne tadi. Marah? tak sangat ler cuma........sakit ati jer ngan mamat yang baru masuk kerja ne. Dah lah orang suh isi form dia bawak balik umah. Pastu datang ofis balik cakap.

Mamat: Kak, supervisor suh saya isi form keje.
Aku: mana form yang awak amik ari tu?
Mamat: Ada kat rumah lah kak.
Aku: Saya suh isi kenapa bawak balik umah?
Mamat: (membisu, tapi muka cam x puas ati jer ngan soklan aku)
Aku: Mana ic photostat? bawak?
Mamat: x de, ic ada(semua yang dijawabnya soklan aku dengan rasa diri yg angkuh).

Geram x? bila orang nak mintak kerja, buat kita macam kita ne orang bawahan dia. baru kerja dah nak pinjam duit. apa? ingat syarikat along ke? x percaya? ha! kena percaya. Kalau ikutkan dah lama aku kena darah meninggi x de kencing manis tau. Sebab aku suka giler minum air masak(kadang2). Kerja kat sini dapat kenal macam2 ragam manusia. Yelah dah nak masuk 11 tahun. sambung lagi nanti............

SECRET?

Susah ye kalau mencungkil rahsia. Rahsia besar barangkali, rahsia peribadi agaknya atau rahsia yang tetap rahsia. Bak kata Dato' siti nurhaliza "BIARLAH RAHSIA" . Rahsia orang buat apa nak dicungkil2, hak mutlak masing2. Tak harus dipaksa, biarlah diceritakan dengan kerelaan hati bukan dengan paksaan. Aku pun ada rahsia yang telah ku simpan 29 tahun lalu. Ceh wah! Mentang2 baru 29 tahun ahad lepas. Tengah2 tulis n3 ne ada plak kawan call. Nak ajak gi umah kak yaya kat tmn. pasir putih untuk ambil sarung kerusi kopitiam yang ditempah. Mula2 x nak citer nak buat apa gi umah kak yah. Ne lagi satu suka berahsia, last2 setelah kukorek2 akhirnya terjawab juga. Nak ambil sarung kerusi kopitiam. Rahsia ya?
Bila tengok kawan yang dulu ceria tetiba muram, suram risau gak. Rasa macam summer time kata orang putih alah musim luruh. Aku cuba ceriakan suasana, macam biasa. Tapi otak ne suka berfikir samapi dibawak tido. Apalah konplikasi dia ya? Aku sudi hulurkan tangan, pinjamkan bahu kalau nak menangis..........ewah....ewah.....(I need a shoulder to cry on) kalau dia yang minta ler. Apa2 aje......ler......Yang penting barang siapa yang boleh simpan rahsia orang itu lah yang boleh dipercayai kalau kita nak bercerita RAHSIA kita dengan dia. PERCAYALAH..........

RUTIN HARIAN & BAPA?


Salam pagi selasa 22 jun 2010, Hari ni punya cerita tentang semalam. eh! Kadang-kadang tak tau apa nak cerita kat blog ya? Biasanya blogger akan cerita aktiviti harian atau sesuatu yang menarik kan? Ok lah, aku cerita aktiviti harian aku. Tapi bosanlah…cerita yang sama, tentang aku, tentang haziq, tentang abah…ah!!!!!….sama jer orang lain nak baca pun boring….x yah ler. Sama jer.....apa nak cerita tentang kerja harian lepas waktu pejabat? Sama jer hari2 sama cuma aku dan bang berehat dari aktiviti selepas kerja hanya pada hari ahad. Tanggungjawab seorang anak kepada seorang bapa. Sejak dari dalam perut ibu, hari dilahirkan, kemudia seorang bapa mencari nafkah untuk menampung keperluan si ibu dan anak yang menjadi tanggungannya. Memenuhi keperluan harian, makanan, minuman, pakaian dan kehendak2 lain kekadang melampaui kemampuan seorang bapa. Tapi kasih seorang bapa mahu melihat anak dan isteri tersenyum bahagia dibawah jagaan seorang bapa. Cuma bapa yang tak berperikemanusian yang sanggup menyiksa si ibu dan anak! aku benci bapa yang meyiksa anak! bapa yang buat anak ne hamba sex! bapa yang buat anak hamba untuk mencari wang!

Monday, June 21, 2010

SUPRISE.....


Salam pagi isnin, 21 june 2010. Ha! semalam hari lahir ku yang ke 29 tahun aku duk kat bumi allah ne. Abang dan aziq buat suprise.....belikan kek tiramisu kegemaranku. Aziq tak sabar nak makan so, potonglah kasi kat dia. Tengok tarikh gambar diambil 19 june, hari lahir 20 june. Tu ler 1/2 dari kek dia makan. Abang ajak gi zoo, tapi memandangkan mata ne kena tembel lagi. Jadi aku terpaksa menolak. Insyalah minggu depan bawak aziq naik kuda. Gi zoo johor jer. Dulu masa birthday abang dia ajak gi zoo melaka. Apa lah ek? hari lahir ajak gi zoo. Tak romantik lah. Nak wat cam ner abang tak pandai nak ajak gi jalan2. sejak dari azali lagi aku gak yang aturkan destinasi perjalanan kami. Kali ni aku biar dia yang decide.......Tapi minggu depan nak pergi kenduri kawin kat bukit aping timur, kota tinggi. Umah sepupu dia buat kerja kawin. 



Saturday, June 19, 2010

KENAPA!


Salam, n3 hari ni pasal si miang haziq, asyik nak kena marah ngan rotan jer. Agaknya ne lah perangai budak dah nak masuk 4 tahun. Haziq hiper aktif, memang tak reti duduk diam. Kecuali tengah tido. Tu pun bangun jugak masuk bilik ibu terus selit tengah2. Tu yang kalau kencing kat tilam ibu. Ngan ibu2 sakali basah. kalau keluar jalan ngan si haziq ne ada jer yang buat ibu tension, nak marah, ketawa dan malu tahap gaban. Sebabnya dia ne peramah ler sangat. Nak joget kat mana2 pun boleh asal dengar muzik jer satu badan bergerak. Dah lah tu semua barang dia usik, dah macam sales men plak.
Haziq: Ibu nak ne(sambil amik barang dan tunjuk kat ibu)
Ibu: Tak nak lah, belum gaji(walaupun sudah)
Haziq: Beli lah ibu, barang ne lawa.....cantik ibu pakai.....belilah.....
Ibu: Dlm hati(ada bakat jadi sales men ne)........x naklah ibu dah ada...
Haziq: Ok, x pe nanti haziq cari yang lain ea ibu.
Dia memang pandai amik hati ibu x macam ayah. Sebab tu ibu selalu tanya haziq dari tanya si ayah. sebab kalau tanya si ayah ne jawabnya.
Ibu: bang cantik tak?
Ayah: (tanpa perlu tgk barang yang ibu tunjuk) Ok2...ok la tu...
Hampeh.......Sebenarnya no respon.........

Friday, June 18, 2010

Father goes into Baby Crib.

Kasih seorang bapa...........HAPPY FATHER's DAY to abang.......(jumpa kat littleflowerfarm.blogsport.com)

LAMBAT LAGI




Salam hari Jumaat 18 june 2010, Hari ni aku aku lagi.............lambat. Susahlah perangai cam aku ne. Sebenarnya si haziq punya hal. Tu la kencing malam jer. Kali ne lagi teruk, tilam aku...oh! tidak...., carpet kat bilik aku, oh! tidak..........tapi cadar ngan bantal si haziq kat bilik pun kena jugak...padan muka dia....(x baik plak)nangis aku........... penat. Mana x nya, dah kencing kat katil bilik dia, hubby salinkan baju seluar yang lain, dah tido kat bilik aku dia kencing lagi. Sejuk sangat kot, nak biarkan tunggu balik kerja kul 5 ptang nanti dah semestinya hancing satu umah. Jadi aku berkorban....cuci semua tu........5 kali gak kodak semua tu dalam mesin basuh dan 5 kali gak keringkan.......Satu jer x sempat nak buat...cuci carpet................tu aku sidai ngan pancut air paip jer. Hubby balik suh dia yang berus...aku x larat dah...... ditambah lagi hari hujan...dah macam bunddle ler plak umah ne....x muat ampai.....

Thursday, June 17, 2010

TIRAMITSU



Inilah kek tiramisu yang kat kedai punya. Cantikkan? Contoh hiasan TIRAMISU

Wednesday, June 16, 2010

TIRAMISU

Korek2 kat photobucket terjumpa gambo lama. My favourite TIRAMISU. Dah lama x buat.......Tengok tarikh kat gambo tahun 2008. Tapi tahun 2009 ada buat cuma x amik gambo jer.....yang ne versi 1st time yang 2nd & 3rd cantik....ok x pe nanti kalau buat lagi kita amik gambo yang baru...


Atas permintaan kak azfa, kita sertakan resepi tiramisu kek:
Bahan2:
1 biji sponge kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara2:
1.Pukul whipping cream, cream cheese dan gula halus hingga kembang.
2.Bancuhkan serbuk nescafe bersama air panas.
3.Potong kek sponge 2 bahagian(ikut suka nak berapa lapis).
4.Siramkan nescafe yang dah dibancuh keatas kek sponge dan kemudian ratakan bahan(1) keatas kek. Ulang langkah sampai lapisan atas kek. Bila dah selesai bolehlah hias dengan serbuk koko(taburkan serbuk koko menggunakan tapis kecil. Boleh buat corak yang anda suka atau hiaskan dengan chocolate chip, buah2an, dll.
5.Masukkan dalam peti sejuk selama 10-20 minit.
6.Sedia untuk dihidangkan.

(Resepi diambil dari myresipi.com)
Mudah membuat kek ni....anak pun suka.

TIRU?

Bukan tiru tapi nak buat yang sebijik serupa dan gunakan barang2 yang memang dihaskan...rasa macam bazir jer tuk orang yang berjimat cam aku ne(sebenarnya takut hubby bising).........tapi tingin gak nak ada kek tipu ne....apa pun lain orang lain citarasa.......ne lah kek tipu versi aku.....

YANG DINANTI SUDAH TIBA.............


Salam pagi rabu, Lama dah tunggu kek lapis prune ne.....akhirnya datang juga tanpa diduga. Order dari kak ayu...Beli kek lapis prune dapat bauhulu gulung(tuk kita jer)....sedap, x berapa manis.......haziq dan hazri suka tq kak ayu...nanti kita order lain plak.........tolong menolong amalan murni....ceh wah.......
PROMOSI......:
Kak ayu duk di tmn. cahya masai dekat jer....ne blog dia norisbakery.blogspot.com
kalau ada sapa2 nak order....macam2 ada. Cup cake, kek lapis....dll.

Tuesday, June 15, 2010

ALLAH HUAKHBAR

Assalamualaikum.....sahabat dan teman2.......akhir2 ne rajin sungguh saya mendownload video2 yang sungguh menyentuh jiwa dan hati nurani yang sangat dalam (NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI)........Insyallah......hidup hanya sekali dari itu buatlah sesuatu yang akan kita banggakan diakhirat nanti............masih tidak terlewat untuk kita bertaubat insyallah allah masih membuka pintu taubat untuk kita.

sulis - ya thoybah (NEW VERSION)

SULIS..........

Opick feat Amanda - Maha Melihat (Super HD Video Clip)

Saturday, June 12, 2010

MOVING BACK

Salam, Petang khamis kelmarin sekali lagi abah masuk hospital. Masalah yang sama iaitu sesak nafas. Bukan semput biasa, sebab dokter dah cakap yang paru-paru abah dah rosak...totally damaged. Ntah ler aku pun pusing, pening pegi HSI dia kata paru2 abah luka + rosak. Pergi berubat tradisional dia kata paru2 ngan jantung tersumbat. Pening acik, dah banyak kali keluar masuk klinik ngan hospital. Ubat dah macam2 cuba....kalau sakit lain masih boleh tahan...tapi kalau pasal pernafasan ni jangan main2 .......Aku tengok abah kejap ok, kejap x. Makan pun kena nasi yang lembik ngan sup2+sayur jer. Perubahan yang aku tengok....abah dah makan sendiri x lagi kena suap. Cuma mandi jer nak dimandikan. Dah lama sebenarnya aku x uruskan abah....(atas sebab2 tersendiri) + nak rehat. Suamiku yang uruskan abah dia. Sampai tahap abah berak2. Sian pulak kat abang.....nak gi kerja....dah lah kerja 3 shift. Mana nak tido, rehat ngan uruskan abah. Nasib baik dah tak jaga si haziq sebab haziq dah antar umah Ibu tina(jiran sebelah umah). Kali ni senang, x payah paksa...dia pergi sendiri......Badan haziq pun dah semangat...berat......Dah nak sebulan haziq kak tina jaga. Tengok sesuai, sebab anak2 yang dia jaga semuanya ok......Balik pada tajuk diatas...moving back....memang dah pindah balik umah abah......Bye2 noreen cottage.......jenguk skali skala jer.......Lebih selesa duk umah sendiri kan? Tapi nak wat cam ner? Tanggungjawab beb. Dialah seorang ayah yang ada.....Sebelum ne kalau abang pergi kerja, jiran2 terdekat yang tolong jengukkan abah sampai along(abg ipar) balik kerja. Khamis tu abang kerja 3-11. Cik lin dan mak joyah yang jenguk abah tak tau nak buat apa bila abah dah sesak nafas teruk. Macam2 dah dibuat mereka, dan akhirnya call abang yang tengah kerja. Dengan pantas abang balik dan bawa abah ke Hospital Wakaf. Jumaat tu pergi skali lagi....Aku harap sangat abah tak kena tahan wad. Kalau kena tahan...sapa nak jaga abah? Semua kena kerja, Dulu abah kena tahan wad kami bertiga, bergilir-gilir jaga abah. Aku cuti sehari jaga siang sampai malam, malam along dan abang pulak kena pergi kursus. Kalau kena tahan kali ni macam mana? Akhirnya tak kena tahan....lagipun abah pun tak nak....Aku rasa diaorang dah tak tau nak wat apa ngan abah...umur pun dah 72 tahun. Apa yang diaorang buat hanya berikan abah bantuan pernafasan(gas) dan ubat. Macam biasalah kalau dah duk sini....semua kerja umah aku ler yang kena....seperti selalu....sebab aku sorang perempuan. Along belum kahwin. Nasib baik ada abang..dialah selalu tolong kalau ada kat umah...................

Thursday, June 10, 2010

KEJAM

Salam Pagi khamis, N3 kali ni nak cerita kekejaman seorang ibu 33 tahun, bersifat syaitan yang sanggup mencekik anak yang baru dilahirkan. Kejadian ne berlaku di Kota Kinabalu Sabah dalam ladang kelapa sawit. Ibu yang macam ne sepatutnya dihukum gantung sampai mati. Kalau dah tak nak anak boleh serahkan pada yang boleh menjaga. Ramai lagi kat luar sana yang nakkan anak. Mungkin dia bersalin macam buang air besar. Jadi x kesah sangat....ataupun senang nak dapat anak...Ya allah.....apa nak jadi dengan dunia ne......boleh dikatakan setiap hari ada saja bayi yang dibuang, dibakar, ditanam dll. Insaflah wahai manusia (lelaki & perempuan) bayi ni tak berdosa. Macam manalah allah tak turunkan malapetaka.......semua kerana angkara manusia yang tak hargai pemberian tuhan. Dunia dah nak menuju jalan akhirnya...........(gambar Hmetro)

Wednesday, June 9, 2010

Malunya.....

Salam, lambat buat n3 untuk hari ni. Pagi tadi masuk kerja lambat sebab gi anto duit kete kat EON bank. Biasa gi bank masa lunch..kali ne pagi dalam kul 9. bank ne bukak 9.15 pagi. Terkezut bila masuk bank ada plak yang ucap "selamat datang ke EON bank" . Bukan sorang tau 6 orang , kiri kanan plak. Tu satu hal...lagi satu ne kalau aku tau cam tu punya sambutan aku pakai cermin mata hitam tuk cover mata ku yang tembel ne.......malunya.......rupanya setiap bank pepagi diaorang akan buat cam tu dlm 10 minit....tapi aku biasa gi maybank x pun. EON bank ne special kot.......
ppssssssstttt...tak sabarnya nak tunggu hutang habis ngan eon bank ne...mac 2012.....

Tuesday, June 8, 2010

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud ( Offical Video )

DEMI MASA - RAIHAN

Peristiwa Subuh - Raihan

H1N1

Salam, pagi ne aku dikejutkan dengan berita anak jiran yang umurnya baru 2 tahun lebih adalah susupek H1N1. Baru nak melawat dia kat hospital Sultan Ismail Johor Bharu. Sebab kak tina penjaga si haziq beritahu aku yang anak ustazah ne kena demem denggi. So aku dah rancang nak gi melawat ngan apek. Jadi sebelum pergi melawat tengahari ne aku call lah si ustazah ne nak pastikan blok mana, katil no berapa. Last2 dapat tau dia dah balik umah dan kena kuarantin 10 hari sebab si alfi di suspek H1N1. La....kesian . Apa lah nak buat? Nak mintak vaksin jauh bebeno. Kat Jln. Mahmodiah dekat HSA. Tu pun bagi yang belum kena. Dah kena nak wat cam ner? Orang kata minum 100plus. Tapi si alfi ne tak minum air gas sebab ada astma. Aku cuma kasi jus manggis jer...harap2 dia boleh sembuh.....amin...............

Monday, June 7, 2010

Time Rajin




Apa la aku ne....dulu tak berblog sebab x de pc. Bila dah ada lappy...malas gak nak berblog. Dah ler bayar sebulan RM68 kat celcom. Tak guna rasa aku kasi bayaran bulanan free tanpa guna khidmat celcom broadband.....(sebenarnya aku ne kedekut).....ok2...aktiviti terkini.....aku belajar buat kuih tradisonal...(secara sendiri tau..tapi by book) boleh ler. Kuih ne memang aku minat sangat2. Terjatuh chinta...ewah...bila dah berkahwin ngan apek sorang ne(husband) kenapa panggil apek? ok lagi..biasa geng2 dia panggil ah hok....apa ntah...ok2 berbalik kepada minat aku yang terbaru. ne ler kuihnya..TEPUNG BUNGKUS....mula2 nak buat mak oi...sepah ranah umah....dah lah aku ne rajin gilez mengemas...sikit2 lap...sikit2 lap.....apek pun poning....ingat tak menjadi ......kena bungkus ler......skali rasa alhamdulilah....kena komen skit jer....kurang isi kelapa.....kali ne aku letak isi banyak2. Nanti aku upload gambar....ne gambar hari ahad punya. Rindu kat arwah mak mentuaku...sayang mak....dulu masa mak ada selalu makan kuih tradisoanl.......skang nak cari susah...kena wat sendiri ler....abah dapat makan 2 keping jer......nama pun percubaan......len kali leh wat lagi.....siap wat niaga depan umah lagi....Alamak! aku mana ada lesen, kang Mr. MPPG hangkut barang ngan aku skali.........

Thanks for Being My Friends