Tuesday, June 29, 2010
ABAH
Monday, June 28, 2010
ABAH
ABAH
LUNCH @ SDS
Friday, June 25, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Rumahtangga?
Bukan nak cerita hal rumahtangga, tapi kisah si aziq ne. Dalam perjalanan nak balik umah tu dia tanya.
Aziq: Ibu ada rumahtangga?
Ibu: ????ada…kenapa?
Aziq: Ibu ada berapa rumahtangga?
Ibu: (Senyum, tapi mata melihat ke arah ayah yang sedang memandu.) Kenapa? siapa yang tanya?
Aziq : (Ketawa dengan riak wajah ceria.(suka giler) x de lah aziq yang tanya.
Bila ayah bukak jer pintu umah, aziq meluru masuk kemudian aziq merengik.
Ibu: kenapa ne?
Aziq: Mana rumahtangga aziq?
Ibu:??????Rumahtangga apa?
Aziq:Yang besar tu macam rumah, yang aziq tunjuk kat ibu tu ari tu……
Ibu:Oooooo…rumah barbie doll yang aziq tengok kat UO. Tu mainan girl lah, aziq boy. Nak sekolah x?
Aziq terus senyap…setelah dipujuk ayah. Nak sekolah tak boleh beli mainan. lagi satu aziq boy.
P/S: Baru ku tahu itu rumahtangga…………..tapi bukan ke itu mainan gegirl punya?
MAMPU KE?
Situasi dikedai kek:
Pembeli: Saya nak kek yang ne(sambil jari menunjuk pada kek yang dah berkenan)
Salesgirl: Yang ne ke kak? Yang ne RM4.50 tau.(Dengan gaya yang aku terperasan dan riak muka salesgirl ne macam bertanyakan soalan tanpa bersuara. mampukah aku membelinya.
Pembeli: Ya, yang ini. (macamlah aku tak sekolah nak baca tanda harga pada kek tu.) Aku sedar yang pada masa tu aku hanya memakai selipar murah, t-shirt dan seluar treksuit serta tudung rm1.) kecik ati ne.Mungkin kalau aku memakai pakaian yang jenama, Kasut jenama, mungkin dia akan layan 1st class kot.
P/S: Cerita yang sama juga baru terjadi semalam masa nak membeli pengalas meja(plastik). Don’t judge a book by it’s cover. Ceh wah! betul apa. macam, pengarah syarikat kat tempat hubbyku yang keluar shopping hanya memakai seluar pendek, t-shirt dan selipar jepun. Tapi hakikatnya dalam poket tu berkepul2 helaian kertas yang $$$$$$.
Tuesday, June 22, 2010
ANGRY
Tengok gambar kat atas ne, dia tengah marah tu jangan main2. Kang silap2 kena lempang laju2, sia2 jer. Aku baru lepas ada perasaan ne tadi. Marah? tak sangat ler cuma........sakit ati jer ngan mamat yang baru masuk kerja ne. Dah lah orang suh isi form dia bawak balik umah. Pastu datang ofis balik cakap.Mamat: Kak, supervisor suh saya isi form keje.
Aku: mana form yang awak amik ari tu?
Mamat: Ada kat rumah lah kak.
Aku: Saya suh isi kenapa bawak balik umah?
Mamat: (membisu, tapi muka cam x puas ati jer ngan soklan aku)
Aku: Mana ic photostat? bawak?
Mamat: x de, ic ada(semua yang dijawabnya soklan aku dengan rasa diri yg angkuh).
Geram x? bila orang nak mintak kerja, buat kita macam kita ne orang bawahan dia. baru kerja dah nak pinjam duit. apa? ingat syarikat along ke? x percaya? ha! kena percaya. Kalau ikutkan dah lama aku kena darah meninggi x de kencing manis tau. Sebab aku suka giler minum air masak(kadang2). Kerja kat sini dapat kenal macam2 ragam manusia. Yelah dah nak masuk 11 tahun. sambung lagi nanti............
SECRET?
Susah ye kalau mencungkil rahsia. Rahsia besar barangkali, rahsia peribadi agaknya atau rahsia yang tetap rahsia. Bak kata Dato' siti nurhaliza "BIARLAH RAHSIA" . Rahsia orang buat apa nak dicungkil2, hak mutlak masing2. Tak harus dipaksa, biarlah diceritakan dengan kerelaan hati bukan dengan paksaan. Aku pun ada rahsia yang telah ku simpan 29 tahun lalu. Ceh wah! Mentang2 baru 29 tahun ahad lepas. Tengah2 tulis n3 ne ada plak kawan call. Nak ajak gi umah kak yaya kat tmn. pasir putih untuk ambil sarung kerusi kopitiam yang ditempah. Mula2 x nak citer nak buat apa gi umah kak yah. Ne lagi satu suka berahsia, last2 setelah kukorek2 akhirnya terjawab juga. Nak ambil sarung kerusi kopitiam. Rahsia ya?Bila tengok kawan yang dulu ceria tetiba muram, suram risau gak. Rasa macam summer time kata orang putih alah musim luruh. Aku cuba ceriakan suasana, macam biasa. Tapi otak ne suka berfikir samapi dibawak tido. Apalah konplikasi dia ya? Aku sudi hulurkan tangan, pinjamkan bahu kalau nak menangis..........ewah....ewah.....(I need a shoulder to cry on) kalau dia yang minta ler. Apa2 aje......ler......Yang penting barang siapa yang boleh simpan rahsia orang itu lah yang boleh dipercayai kalau kita nak bercerita RAHSIA kita dengan dia. PERCAYALAH..........
RUTIN HARIAN & BAPA?

Salam pagi selasa 22 jun 2010, Hari ni punya cerita tentang semalam. eh! Kadang-kadang tak tau apa nak cerita kat blog ya? Biasanya blogger akan cerita aktiviti harian atau sesuatu yang menarik kan? Ok lah, aku cerita aktiviti harian aku. Tapi bosanlah…cerita yang sama, tentang aku, tentang haziq, tentang abah…ah!!!!!….sama jer orang lain nak baca pun boring….x yah ler. Sama jer.....apa nak cerita tentang kerja harian lepas waktu pejabat? Sama jer hari2 sama cuma aku dan bang berehat dari aktiviti selepas kerja hanya pada hari ahad. Tanggungjawab seorang anak kepada seorang bapa. Sejak dari dalam perut ibu, hari dilahirkan, kemudia seorang bapa mencari nafkah untuk menampung keperluan si ibu dan anak yang menjadi tanggungannya. Memenuhi keperluan harian, makanan, minuman, pakaian dan kehendak2 lain kekadang melampaui kemampuan seorang bapa. Tapi kasih seorang bapa mahu melihat anak dan isteri tersenyum bahagia dibawah jagaan seorang bapa. Cuma bapa yang tak berperikemanusian yang sanggup menyiksa si ibu dan anak! aku benci bapa yang meyiksa anak! bapa yang buat anak ne hamba sex! bapa yang buat anak hamba untuk mencari wang!
Monday, June 21, 2010
SUPRISE.....
Saturday, June 19, 2010
KENAPA!
Friday, June 18, 2010
Father goes into Baby Crib.
LAMBAT LAGI
Thursday, June 17, 2010
Wednesday, June 16, 2010
TIRAMISU
Korek2 kat photobucket terjumpa gambo lama. My favourite TIRAMISU. Dah lama x buat.......Tengok tarikh kat gambo tahun 2008. Tapi tahun 2009 ada buat cuma x amik gambo jer.....yang ne versi 1st time yang 2nd & 3rd cantik....ok x pe nanti kalau buat lagi kita amik gambo yang baru...Atas permintaan kak azfa, kita sertakan resepi tiramisu kek:
Bahan2:
1 biji sponge kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara2:
1.Pukul whipping cream, cream cheese dan gula halus hingga kembang.
2.Bancuhkan serbuk nescafe bersama air panas.
3.Potong kek sponge 2 bahagian(ikut suka nak berapa lapis).
4.Siramkan nescafe yang dah dibancuh keatas kek sponge dan kemudian ratakan bahan(1) keatas kek. Ulang langkah sampai lapisan atas kek. Bila dah selesai bolehlah hias dengan serbuk koko(taburkan serbuk koko menggunakan tapis kecil. Boleh buat corak yang anda suka atau hiaskan dengan chocolate chip, buah2an, dll.
5.Masukkan dalam peti sejuk selama 10-20 minit.
6.Sedia untuk dihidangkan.
(Resepi diambil dari myresipi.com)
Mudah membuat kek ni....anak pun suka.
TIRU?
YANG DINANTI SUDAH TIBA.............
Tuesday, June 15, 2010
ALLAH HUAKHBAR
Monday, June 14, 2010
Saturday, June 12, 2010
MOVING BACK
Thursday, June 10, 2010
KEJAM
Salam Pagi khamis, N3 kali ni nak cerita kekejaman seorang ibu 33 tahun, bersifat syaitan yang sanggup mencekik anak yang baru dilahirkan. Kejadian ne berlaku di Kota Kinabalu Sabah dalam ladang kelapa sawit. Ibu yang macam ne sepatutnya dihukum gantung sampai mati. Kalau dah tak nak anak boleh serahkan pada yang boleh menjaga. Ramai lagi kat luar sana yang nakkan anak. Mungkin dia bersalin macam buang air besar. Jadi x kesah sangat....ataupun senang nak dapat anak...Ya allah.....apa nak jadi dengan dunia ne......boleh dikatakan setiap hari ada saja bayi yang dibuang, dibakar, ditanam dll. Insaflah wahai manusia (lelaki & perempuan) bayi ni tak berdosa. Macam manalah allah tak turunkan malapetaka.......semua kerana angkara manusia yang tak hargai pemberian tuhan. Dunia dah nak menuju jalan akhirnya...........(gambar Hmetro)Wednesday, June 9, 2010
Malunya.....
Salam, lambat buat n3 untuk hari ni. Pagi tadi masuk kerja lambat sebab gi anto duit kete kat EON bank. Biasa gi bank masa lunch..kali ne pagi dalam kul 9. bank ne bukak 9.15 pagi. Terkezut bila masuk bank ada plak yang ucap "selamat datang ke EON bank" . Bukan sorang tau 6 orang , kiri kanan plak. Tu satu hal...lagi satu ne kalau aku tau cam tu punya sambutan aku pakai cermin mata hitam tuk cover mata ku yang tembel ne.......malunya.......rupanya setiap bank pepagi diaorang akan buat cam tu dlm 10 minit....tapi aku biasa gi maybank x pun. EON bank ne special kot.......ppssssssstttt...tak sabarnya nak tunggu hutang habis ngan eon bank ne...mac 2012.....
Tuesday, June 8, 2010
H1N1
Salam, pagi ne aku dikejutkan dengan berita anak jiran yang umurnya baru 2 tahun lebih adalah susupek H1N1. Baru nak melawat dia kat hospital Sultan Ismail Johor Bharu. Sebab kak tina penjaga si haziq beritahu aku yang anak ustazah ne kena demem denggi. So aku dah rancang nak gi melawat ngan apek. Jadi sebelum pergi melawat tengahari ne aku call lah si ustazah ne nak pastikan blok mana, katil no berapa. Last2 dapat tau dia dah balik umah dan kena kuarantin 10 hari sebab si alfi di suspek H1N1. La....kesian . Apa lah nak buat? Nak mintak vaksin jauh bebeno. Kat Jln. Mahmodiah dekat HSA. Tu pun bagi yang belum kena. Dah kena nak wat cam ner? Orang kata minum 100plus. Tapi si alfi ne tak minum air gas sebab ada astma. Aku cuma kasi jus manggis jer...harap2 dia boleh sembuh.....amin...............




Inilah kek tiramisu yang kat kedai punya. Cantikkan? Contoh hiasan TIRAMISU

