Wednesday, September 15, 2010

RM1


Salam pagi rabu, hari nie aku nak citer pasal RM1. Kat pasir gudang ne dengan nilai tu boleh beli macam2, contohnya: jajan yang RM0.20 bleh dapat 5 bungkus. Gula2, ais cream pop, nasi lemak, mee goreng dan macam2 lagi. Tapi pagi tadi aku dengar berita kat sinarfm harga air suam kat georgetown sebuah restaurant makanan laut RM1. Mak oi....mahalnya......biasanya ada sesetengah tempat tak cast langsung free jer. Skyjuice.....free apa. Mungkin kat sana bekalan air payah nak dapat kot. Tapi RM1 tu melampau bebenor. Agak2 akan datang berapalah harga air suam yer? RM5?, RM10? segelas....

Petikan artikel kat myMETRO
GEORGETOWN: Percaya atau tidak segelas air suam di sebuah restoran makanan laut di Jalan CM Hashim, Tanjung Tokong, di sini, berharga RM1.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerima aduan daripada seorang pelanggan yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan caj yang dikenakan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Pulau Pinang, M Gunaselan, berkata berikutan aduan itu sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNKK mengunjungi restoran berkenaan dan menyamar sebagai pelanggan memesan air suam, kelmarin.

Beliau berkata, selepas selesai minum, restoran berkenaan mengenakan RM1 sama seperti diadukan dan siasatan mendapati pemilik kedai tidak mempamerkan harga air suam dalam menu restoran berkenaan.

Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers