Monday, September 27, 2010

KEJAMNYA KAU!


Salam, ingat lagi tak n3 yang aku buat pasal tanda2 jin berada dalam badan kita? ha! dah nak masuk 7 tahun aku kawin. baru sekarang aku tau. Mula2 kawin jer dah gaduh2, pasal kecik punya hal jadi besar. Selalu nak marah2 sampai nak cerai berai. Mula2 aku ingat angin aku jer. Dah lama2 ne rasa curiga dalam hati. Akhirnya aku dapat jawapannya. Ahad lepas jiran baikku lin suh kami bawa abah berubat kat air tawar 3, kota tinggi. Nama pak haji ne Haji Misran Bin Ahmad. sama cam nama bapak aku, jawa pun sama jawa. Pak haji ne gunakan ayat al-quran iaitu ayat2 syifa'. Ayat al-quran dibaca ketelinga sambil pesakit memejamkan mata. masa dia buat kat abah, abah ok jer. Boleh baca ayatul kursi banyak kali. Dan macam biasa, kalau abah balik umah dia jer. Dia akan buat hal. Tergerak hati ni ne cuba kaedah perubatan ne. Bila pak haji tanya apa masalah aku. Aku pun tak tau. Bila [ak haji try scan kat kepala aku. Dia pun mula bertanya.

Pak haji: Ada pernah kena migrain, makan ubat pun tak ilang?
Aku: ya.
Pak haji: Ada sakit bahu macam rasa bahu tegang?
Aku: ya.
Pak haji: Sakit belakang?
Aku: ya.
Pak haji: Selalu rasa berdebar-debar?
Aku: ya.
Pak haji: Selalu rasa nak marah? hal kecik pun jadi besar/
Aku: ya.

Masa dia suh aku pejam mata. Dan dia pegang kepala aku. Aku dengan tak semena2 rasa sayu, sedih. Bila dia mulakan baca ayat2 syifa' sambil aku pejam mata. Aku tak nampak apa2 hanya gelap gelita. Tentiba jer aku menangis macam apa ntah kata hubby. Dengan mata pejam air mata mengalir. mimik muka aku macam menahan sakit. walhal kata hubby pak haji hanya memicit bahu aku yang tegang. Kuat aku menagis. Bial pak haji berinteraksi dengan mahluk yang ada di badan aku. Aku terdiam hanya menagis. Kemudian pak haji menyuruh mahluk tu keluar secara terhormat melalui ibu jari telunjuk aku. bial pak haji akhiri perubatan dengan laungan azan. Tiba2 satu wajah lelaki muncul dalam bayangan aku. memang jelas. Cuma bila pak haji tanya aku ada nampak apa2 tak. aku cuma jawab tak ada. Aku rasa aku kenal siapa dia. Biarlah rahsia. Tak sangka dia akan buat aku macam tu. Dia pernah kata yang dia takkan maafkan aku dunia akhirat. Biarlah allah tentukan nasib dia. Selama 7 tahun aku menyimpan kesakitan. Susahnya untuk mendapatkan zuriat. Dan macam2 cobaan dan dugaan hidup. Ya allah, kau berikanlah aku kesihatan dan kekuatan dalam menempuhi takdir hidupku ini...amin.....


Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers