Friday, September 3, 2010

9 JAM TOL PERCUMA LEBUHRAYA KL-KARAK

Senyum sampai ketelinga pada siapa yang duk pikir nak balik kampung jauh2 tu. Kalau aku tak yah poning2 ler. Umah pak mentua ngan umah sendiri makan masa 10 minit jer. Tak der jumpa ngan minah or mat tol.(he3x). Jimat duit, jimat minyak tak travel jauh2. Tapi kadang tu tingin gak nak travel jauh2 baru boleh nyanyi lagu....BALIK KAMPUNG -SUDIRMAN

2010/09/02
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengumumkan pengecualian tol kepada semua kelas kenderaan yang melalui lebuh raya ke arah Pantai Timur sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata tol percuma itu membabitkan tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) yang berada di bawah pengurusan MTD Prime, untuk tempoh tertentu seperti yang ditetapkan.
Beliau berkata, mulai jam 9 malam pada 7 September depan hingga 6 pagi 8 September keesokan harinya, pengguna dikecualikan daripada membayar tol.
Malah, katanya, pengguna juga tidak dikenakan sebarang pembayaran tol pada 15 September mulai jam 9 malam sehingga 6 pagi (16 September).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Gombak, hari ini.

Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers