Tuesday, September 7, 2010

LAKSA PENANG


Tak perasan plak aku dalam sebulan berpuasa ne banyak kali gak aku berbuka ngan laksa penang. Tengok gambar je dah leleh air liur. Masakan yang aku terer laksa penang sebab my truely favarite..........Kalau aku buat laksa aku suka letak banyak daun kesum sebab aku suka makan daun kesum. Ikan pun banyak2 nanti kuah pekat.

LAKSA PENANG.
Bahan:
Mee laksa
Ikan kembung
Lada kering*
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Kunyit Basah*
Belacan*
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Hiasan:
Taugeh
Timun
Telur

Cara-caranya:
Rendamkan mee laksa kemudian rebus. Rebus ikan yang dah disiang. Kemudian asingkan isi dan tulang. Blendkan tulang dan tapis. Kisar bahan bertanda *. Masukkan bahan dah dikisar + kuah tulang yang dah di blend serta isi ikan. Rebuskan dengan asam keping. Dah mendidih campurkan daun kesum, bunga kantan, sedikit garam. ok siap. Sedia untuk dihidangkan.


Thanks for Being My Friends