Tuesday, September 21, 2010

KENAPA?


Kenapa kena berbagi? kenapa kena adil? Ha! semalam aku tak kerja sebab kete tak siap lagi. Tersenguk2. dan seminggu duk dalam garaj. Workshop yang aku biasa anto tak bukak. Orang kata biar satu tangan kalau banyak tangan kang lain cerita. Last2 dia bukak gak kedai. Tulis kat depan tu CUTI BERSALIN. Sapa lak bersalin, mesti bini tokey kan? Akhirnya siap gak kete ku. Rindu amat. Dah pandu kete auto. Rindu plak yang manual......ceh wah! Datang umah abah dia tengah bebel, maki orang. Dah lali pun. Sib baik aku tak kerja kalau tak malu jer staff HSI bahagian sakit mental datang melawat abah. Mana taknya, sana sini ada najis abah. Dia bebel sapalah berak sepah2 ne. Aku dah teramat paham. Jawablah tadi ada kucing masuk umah berak sepah. Dia bebel lagi jangan tuduh dia berak sepah. Alahai........sakitnya hati dengar dia bebel & maki orang. Sabar noreen........sabar..........sabar..........Malas nak layan aku buat kerja umah. Mulakan sesi mengesan bau busuk. Habis kusyen2 semua kena tahi, selimut dia, kat lantai. Sib baik rabun jauh. Yang dekat nampak. Alahai.....kembang tekak. Tapi, nak wat cam ner tugas perlu di laksanakan. Orang lelaki buat kerja tak macam orang pompuan kemas, tertib, teliti....abang kuar beli barang spare part kete, hantar motor dia yang tayar pancit. Along gi maslee beli lauk. Tolong aku basuh sarung kusyen dll yang kena tahi. Aku mengemas, sapu sampah dan mop lantai. Dah siap semua baru masak,  tengah masak datang plak staff HSI, lama gak borak samapai kul 1 baru habis sesi temuduga. Kelam kabut masak, Abah dah bebel nak makan. Siap masak hubby pun balik. Siap makan tengahari terus keluar gi bank settlekan urusan transfer duit abah ke asb along. Dah settle kami anto abah ngan along balik. Kami terus balik umah.....Tapi..............................aku macam konfius...nape semua duit abah kasi along? Bukan ke bagi 2 ngan adik dia ne. Entahlah  tu hal dia 2 orang je tau. Nak bising2 pun tak baik sebab abah masih ada. Transfer duit tu pun sebab adik abah yang sarankan. Dia kata kalau dah tak ada susah berurusan dengan bank nie. Nanti tolak sana, tolak sini. Tu yang settlekan siang2. Abang dia belum kahwin, masih single umur dah 36 tahun. Rumah tu kami suh buh nama along dia. Apa pun kena adil......sebab hubby yang banyak jaga abah dari dulu. Abang dia jenis buat hal sendiri....kami ber dua je yang tahu.........

Hi

Thanks for Being My Friends