Thursday, September 30, 2010

KETUPAT SOTONG


Atas permintaan kakak ex 5k3 rakan sekelas hubby. Gambar sendiri lupa nak amik so, cilok gambar dari kaupermataku.blogspt.

Ne yer resepinya ikut selera saya & family versi johor cuma + cili api.

KETUPAT SOTONG
Bahan2:
Sotong bersaiz sedang
Beras pulut (dibasuh kemudian dimasukkan 1/4 kedalam sotong)
Bawang merah kecil (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
Santan
cili api (kalau suka pedas)
Sedikit halba
Lidi untuk dicucuk pada sotong
garam

Cara memasak:
Mula-mula bersihkan sotong, basuh beras pulut, masukkan 1/4 pulut kedalam setiap sotong dan cucukkan lidi supaya pulut takkan terkeluar bila direbus nanti. Masukkan bahan yang dihiris, sotong yang dah disumbat pulut dan santan. Masukkan garam. Kacau perlahan2 hingga masak. (Saya suka banyak halia sebab saya suka makan sotong tu ngan halianya sekali.) Sangat mudah dan cepat.

Hi

Thanks for Being My Friends