Monday, September 6, 2010

PENGALAMAN SEBELUM HARI RAYA.


Salam hari isnin, sempena nak raya ne kan. Aku nak cerita pengalaman aku ditinggalkan abang. Bukan tinggal pak we ea. Ne abang kandung. Kejadian ne masa aku form 1 tahun 1994. Dulu-dulu masa bulan puasa aku gi sekolah cuma bekal RM1.00 jer sebab puasa kan jadi taklah makan kat kantin. RM1.00 tu tuk bayar tambang 0.50sen pergi dan lagi 0.50sen tuk balik umah. Naik bas sekolah. Disebabkan ari tu hari terakhir sekolah pastu dah cuti panjang nak sambut hari raya, Bapak aku kasi abang amik aku dari sekolah petang tu. Bila dah tiba waktu balik sekolah aku tunggu abang kat pintu pagar sekolah. Yang sakit hatinya aku nampak abang aku. Tapi dia tak nampak aku. Buta ka per? Aku jerit dia tak dengar maklumlah ramai budak sekolah. Leh kata cam semua sama. Susah nak beza sebab semua pakai uniform yang sama. Abang tak hentikan motosikal dia bawa pelan2 sambil mata melilau cari aku. 2, 3 kali dia pusing cari aku. Dia yang tak perasan aku kat ner. Nak ditambahkan cerita ne jadi sedih, tapi memang sedih pun. Bila abang tak nampak aku dia terus jalan. Aku dengan rasa pastinya abang akan patah balik cari aku. Hampeh nampaknya, sampai tak der orang lagi kat depan sekolah. Tinggal aku sorang jer. Dengan melelah air mata aku kuatkan semangat jalan kaki gi pusat bandar nak tunggu bas. Al maklumlah dah nak raya, jalan lengang, sampai kat pusat bandar bas plak lambat + aku ne penakut naik bas sorang2(tak der kawan). Apa lagi aku lalak jerit nak balik. Yang pandai + bijak bistari keris dikaki. Aku gunakan RM1.00 tu beli air nak buat buka puasa. So, aku dah pokai x der duit. Lalak lagi jerit nak balik. Tentiba datanglah hamba allah ne. Pak cik tu tanya aku duk mana? umah kat mana? Dia nak kasi aku duit buat tambang balik umah. Aku tak nak, kan aku penakut so aku diam dan lari. Aku nangis lagi, kemudian datang sorang lagi pak cik. Aku tengok muka cam baik dan dia nak antar aku balik umah. So aku ikut, tapi nasib baik niat dia baik. Kang tak pasal2 nyaya aku. Akhirnya aku sampai kat umah. Masa sampai kat umah mak tengah bakar bauhulu. Sedihnya bila sorang pun tak cari aku. Balik umah apa lagi, aku resling ngan abang aku. Geram yang amat sangat..........Sampai sekarang aku ingat tau. Tapi aku dah tak ingat siapa pak cik yang baik tu....hu3x.  
Hi

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers