Salam pagi khamis, bulan ne aku rasa aku gi kerja macam biskut. Kejap keje kejap cuti pastu mc. Rasa2 nyer dah boleh kena buang kerja. Duk umah je lah noreen.......lagi senang tapi siapa nak kasi duit ek? Kerjalah walaupun banyak masalah. Semalam genap 3 hari abah tak nak makan ngan minum. Hari kedua abah pasif, tak banyak gerak baring jer. Hari ketiga subuh2 lagi pas along gi kerja abah dah mula jerit panggil nama2 orang yang dia tau mintak tolong selamatkan dia, panggil polis. Aku memang tak nak kerja sebab kalau abah tak nak makan lagi kami terpaksa hantar abah ke HSI. Pagi tu aku beli mee goreng kat abah. Bila dia tengok aku dia kata suh aku selamatkan dia. Aku kasi dia makan alhamdulilah dia makan 2 sudu mee ngan 1/2 cawan air jer. Pastu dia kata perut dia kenyang sangat sebab tadi dah minum kat kedai kopi. Tak tau nak kata apa. So, aku ngan hubby bawak abah gi HSI. Bukan senang tau nak bawak dia. Nak mandikan pun susah apa lagi nak bawak gi HSI. Kita nak kasi makan dia kata nak kasi racun, nak bunuh dia. lama2 kami yang gila bukan dia. Nasib2, Tup tap tup tap....walaupun aku gi umah abah kul 8.00 pagi tapi proses mandi, pastu dah nak bawak dia naik kete berak plak, nak cuci berak dia pegang kusi kuat2 tak nak cuci berak. satu hal...tu yang kul 12.00 tgh baru bertolak. Sampai HSI 12.30 tgh. Daftarkan abah tunggu dalam 1/2 jam pastu aku bawak abah masuk. Cerita apa masalah dia. Lama gak abah kat dalam tu. Dokter cek tekanan darah rendah, kencing manis cuma 11.6 jer. Buah pinggang ada masalah. 3,4 kali gak aku keluar masuk sebab 2 orang dokter nak interview aku. Last2 dokter kata abah kena tahan wad tapi, wad tak ada yang kosong so, kena tunggu wad kosong. Dan pihak HSI akan call kalau ada apa2 nanti. Kami balik dalam 4.15 ptg. Hujan, jalan jem samapai kat umah dalam kul 5.30 ptg. HSI call suh datang balik sebab nak mintak sign nak buat brainscan kat abah. Hubby mintak esok jer sebab belum tidur malam nak keje.
Thursday, September 30, 2010
KALI KE-3 ABAH MASUK WAD KAT HSI