Tuesday, September 28, 2010

NAIK BULU ROMAKU




Semalam tak keje, badan ne lemah semacam jer. Bangun pagi kepala masih kenoning lagi. Bila dah siap mandi call hubby suh pick up aku ngan haziq gi umah abah. Sebelum gi umah abah, hubby suh aku ngan haziq duk umah cik lin, jiran abah. Sebab katanya meremang bulu roma bila nak buka pintu umah abah. Lagipun aku baru pas berubat, badan lemah lagi, atas nasihat jiran. Bila aku sampai umah abah cik lin dah gi cuci darah(dialysis). So aku tawakal jer masuk umah tu. Ok jer bulu roma tak naik. Cuma masa tengah call kawan kat ruang tamu depan bulu roma naik. Gerun gak. Bulu roma naik bila sensorang jer. Tu yang kalau nak gi dapur, toilet, store atau mana2 pat umah abah kena berdua. Seram kalau bulu roma naik. Cam perasan jer mika2 tengah staring kat kita. Seram rasanya. Lagi2 bila muka abah....eeeeeee tok sah lah. Muka abah dah lain dah, mata abah bulat bila pandang apa jer. Apa yang dia buat atau cakap. Muka dia selamba jer. Tiada mimik muka yang lain sama jer. Tu yang seram. Sehari abah tak makan sebab dia kata kita orang nak racun dia. Abis tingkap bilik dia pecah.(3 keping jer). Pas tu kami keluarkan cermin tingkap yang lain dan pasang jaring jala kat tingkap abah. Dari pagi abah duk jerit mintak tolong ngan semua orang selamatkan dia sebab kami nak bunuh dia. Terpekek terlolong. Nasib baik jenjiran paham. Sebelum tu pagi2 lagi bila hubby sampai kat umah abah bukak jer pintu naik bulu roma dia. Hubby terhidu bau busuk. Rupanya satu badan abah + bantal + cadar + selimut penuh tahi. Abah dah tak tau nak bezakan kotor ngan bersih lagi. Dah 3 hari kami kurung abah kat bilik. Hari pertama kena kurung abah bukak cermin tingkap dia dan buang bantal, baju, selimut dll yang ada kat bilik dia melalui tingkap. Satu keje kena basuh semua tu. Tapi hari ketiga, semalam lah abah pecahkan lagi satu cermin dan dia pegang. Ntah nak buat apa, aku suh hubby peluk abah dan aku amik cermin kat tangan dia. Susah gak nak pujuk, last2 dia lepaskan gak cermin tu. Tu yang kami kuarkan baju2, gerobok solek. Tinggal katil jer. Bukan apa takut nanti lain jadinya. Kami takut dia cederakan orang lain atau diri sendiri. Tu jer.
Hi

Thanks for Being My Friends