Tuesday, November 30, 2010

HATI YANG DILUKAI ADA PARUTNYA, ANAKKU


 Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,”nasihat seorang ibu kepada anaknya.“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”
Tanpa membantah anak itu setuju.“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”“Baik, ibu.”Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”“Maksud ibu?”“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

::::Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji.

Hi

OH TIDAK!!!!!!


Dulu lain sekarang lain. Dulu macho sekarang dah sikit boyot. He3x.........x ngutuk tau fakta.....Kadang2 bila kita imbas kembali zaman dulu2. Memang geli hati, kelakar, ada tu macam tak percaya. Dan dalam kepala otak mesti bertanya "itukah aku dulu'? Ada orang masa anak dara badan kus semangat.....tapi pas bersalin badan sedap mata memandang. Untung kan? Tapi cam aku dulu ibarat ikan sardin @ playwood. Nipis jer. Makan ler banyak mana. Tang tu gak. Tapi pas gugur anak pertama dan mengandung anak kedua. Amik ko dari 50kg trus....carta naik ke 68kg. Sebanyak 18kg tambahan lemak2 yang degil kat seluruh badan ni.
 Dulu masa bercinta @ dah bertunang. masa ni ibarat apa ntah. Sorang keding(aku ler) 2002

2004
Raya 2005
2006(Ngandungkan Izzul) 9 mths

Raya 2007 (Izzul 8 mth)

2008 (majlis Perkahwinan Adik)

Marhaban 2009

Yang ne terbaru. Tapi sebenarnya nak citer gambar bawah ne.....

Apa ada disebalik topi? he3x....hubby dah botak, Tu ler mintak pengunting rambut gunting guna tapak 2 . Last2 tak guna tapak. Dah terpaksa bertopi selalu. Yang pelik tu gi kerja pun pakai topi. Walaumacam manapun abang ayang tetap cakap abang hensem.......truely deep from my heart.

MACAM2


Hari ni datang ofis bawa bodyguard, siapa lagi si izzul haziq ler. Yang dia tahu makan, minum, main ngan kapal terbang dia yang dah mengalami suku kerosakan. Masih boleh jalan lagi. Selagi ada makanan kat atas meja. Selagi tu dia tak berhenti makan. Khamis ne dia dah start sekolah sesi pagi. Marah2 pun aku sayang sebab dialah anak yang aku ada buat masa ni. Siapa tak sayang anak oi.....Khamis ne aku ngan hubby amik cuti nak hantar izzul ke sekolah. Pengalaman yang tak pernah aku alami sebelum ini. Agak2nya izzul nangis tak? Tengokkan keadaan dia yang tak sabar nak kesekolah. rasanya ok kot.

Hi

Monday, November 29, 2010

PUCAT & MARRYBROWN


Hari ni aku macam tak bermaya. Tapi aku gagahi jua. Nak gi klinik ke tak ye? Selalu jer rasa lemah satu badan, macam kurang darah ada, muka pucat jer. Diri lama tak boleh........Rasa nak baring jer. Tapi ngeri lak kalau muka aku cam ne...Dah cam mayat hidup.


Hari ni lunch ngan member gi Marrybrown, baru kutahu makanan kat sini tak kena tax. So, harga yang dekat menu tu sama jer dengan harga yang akan kita bayar. Aku makan Chick-o-licious cuma tukar sos mushroom ke black paper. 2 ketul ayam.....kenyang....tapi masa taip n3 ne aku lapar balik.  (Untung Mawi & Ekin dapat makan free)

SIBUK MEMANJANG


Salam pagi isnin, Pagi2 dah sibuk dengan urusan peribadi.
1. RHB BANK.
2. MPPG
3. Uruskan jual Motor.
4. Gril rumah Along.
5. Plan rumah.

Semalam kami semua ke Felda Jelai 2, Negeri Sembilan. Ish......malasnya nak upload gambar........
Ada gaya cam tokey tak?
 Ibu & Anak yang suka bergambo

Sesi makan untuk ayah, Izzul & pak long
Syok tu tetamu yang datang dihidangkan dengan ayam golek lagi. makan sampai kenyang.

Friday, November 26, 2010

BERIKANLAH AKU NUR YA ALLAH!


Sudah kuduga akhirnya kau datang jua. Takkan hanya kerana seteguk air gas. Yang tak kusangka zappel itu air gas. Kau datang jua period..................Sedihnya, musnah harapan , anganku.
Yaallah berikanlah aku Nur!...........Murahkanlah rezekiku, Kurniakanlah aku zuriat ya allah!

Hi

Thursday, November 25, 2010

making buttercream roses much slower with tk


Tengok cam senang jer nak buat butter cream roses ni. Tapi bila aku yang buat cam ni jadinya.

BLUEBERRY CHEESE TART


Balik kerja rehat jap pastu mulakan kerja. Lama gak nak siap sampai jam 10mlm. Maklumlah buat sorang2. Tempahan blueberry cheese tart oleh Puan Melati.

APA KE HAL? 2


Salam, balik kerja semalam badan lemah semacam. Tak de semangat langsung setelah diserang oleh beberapa jiran pasal kes pak cik hazri nak beli umah yang jiran sewa. Tapi aku buat biasa jer. Lagipun aku tak berapa rapat dengan jiran tu. Yang teruknya dia marah2, serang aku pagi ngan pas balik kerja waktu hujan. Sampai hubby nak tido pun x syok. Bila dengar suara jiran2 berkumpul depan umah aku. Sebenarnya tuan rumah nak jual rumah dan penyewa telah lama kata nak beli rumah. Sampai sekarang tak beli2 juga. Penyewa blacklist dan bila ada yang nak beli rumah tu. Penyewa naik angin, marahkan aku mengambil gambar luar rumah untuk aku tunjukkan pada pak cik hubby dan bank. Boleh apa kalau penyewa cakap baik2 ngan aku. Aku boleh terima. Contoh ayat: Assalamualaikum noreen, numpang tanya noreen amik gambar nak beli umah ni ke? kan bagus bukan " Hei! ko amik gambar umah aku buat apa ha!? !#@%#@^#&%$ yang tu sunset yer. Biar aku je yang dengar. Alhamdulilah aku masih bersabar dan hormat kat diaorang lagi. Masalahnya aku bagi salam dan minta izin nak amik gambar umah sebab tuan umah nak jual umah. Si isteri bagi izin. Tapi bila si suami balik lain pulak ceritanya. Tuan rumah x nak nama dia blacklist sebab anak dia tak bayar duit umah 7 bulan lebih kurang RM5k. Aku dan hubby baru pulang dari umah tuan rumah tu. Dan kami bercadang biarlah penyewa cuba membeli. Kemudian kalau tidak berjaya barulah pak cik hubby membelinya. Dan lepas ne kalau jenjiran duk serang kami. Aku hanya berdiam diri saja.  Bagi mereka, mereka tak salah. Tengking, marah2 dan ugut itu style mereka katanya. Sabar itu lebih utama.
Hi

Wednesday, November 24, 2010

APA KE HAL?


Salam semua, kat sini aku nak buat pertanyaan. Salah ke disisi undang2 kalau kita nak beli sebuah rumah 2nd hand kita ambil gambar rumah tersebut. Pertama untuk dibuat rujukan pada bank. Kedua, untuk ditunjukkan kepada pembeli. Masalah aku dah mintak izin dengan isteri penyewa dan dia beri persetujuan. Tentiba pula si suami yang baru pulang ke rumah. Datang kerumahku serang aku sambil marah2. Tapi kata si isteri itulah cara suaminya bercakap. Amboi! ingat aku ne siapa. Alhamdulilah aku masih mengawal kata2 ku. Masih sopan dan hormat orang yang berumur lagi. Siap dia kata pemilik rumah cakap jangan lain kata2 aku. Walhal dia yang menipu. Buat pandai sudah.......Dia marah aku suh beli umah lain. Salah amik gambar umah dia.(walhal dia hanya sewa dan berhak keatas barang dalam umah. Sedangkan aku hanya mengambil gambar luar rumah. Kaki pembelit sebab dia dah malu. Dia duk canang umah tu dia dah beli walhal masih sewa dan bayar 1/2 dari sewa yang sepatutnya dia bayar. Bukan nak kutuk tapi apa yer nak di buat dengan orang yang macam ni? Takkan pak haji suka cakap belit2? Aku memang tak percaya bulat2 apa yang dicakapkan oleh penyewa. Sebenarnya ada 2 rumah yang nak dijual. Satu lelong dengan harga RM65,000 dan satu lagi umah pak haji tu. Tanya dengan bank market dalam RM95,000. Harga lelong memang murah tapi kalau kena pandai main harga susah gak. Masalahnya ramai yang minta sebab kawasan persekitaran yang memang strategik. Kenapa? ada surau(belum siap), taman permainan, padang bola jaring, balai raya(akan dibina).



 Kalau aku jadi si penyewa ni. Aku takkan buat tembok sebab status penyewa belum bertukar kepada pembeli. Gara2 blacklist.........Tu ler jangan suka menipu orang. Akhirnya ketahuan.





Hi

Thanks for Being My Friends