Tuesday, November 2, 2010
TENTANG AKU LER. (baca kalau nak tau) jawab tag ainzuryn
perkara tentang noreen.
Pertama sekali aku nak citer yang aku ne malas nak bertag2 ne. Tapi sebab kawan tak per. Teruskan.
1.Pernah mempunyai berat badan yang diketegorikan keding melidi hingga orang panggil playwood atau sardin sebelum mengenali suamiku. Iaitu 6 tahun lepas.
2. Susah nak suka pada seseorang (lelaki) tetapi telah jatuh hati pada hazri bin ahmad(suamiku), aku seorang yang setia.
3. Nama ayah kami sama. Norizan Binti Ahmad & Hazri Bin Ahmad. (biasanya tak pernah amik tau nama ayah memasing. sampai jurunikah kata adik beradik? Awwww sory atuk lain2.
4.Seorang yang sangat menjaga keluarga. Kira cam kalau orang kutuk famili aku. Siap ko! Berani?
5.Memang dididik oleh mak supaya rajin buat kerja orang gaji @ kerja umah. Dah nama pun perempuan. Sebab masa dulu2 mak cerewet! Tapi ok gak, aku tak malas.....
6.Tak ramai kawan sejak dari azali. Sebab masa sekolah dulupun selalu kena buli dan tak tahu nak balas. (sebenarnya malas nak layan) Selalu gaduh ngan lelaki. Percaya atau tidak bila ada hal yang aku rasa aku betul. Siap ko! aku akan cakap non stop. Sampai orang tu mengalah.(pengalaman) (amacam leh jadi lawyer x?)
7.Penyakit yang selalu menempel kat badan ne yang tak mo pergi jauh. Bersin! Setiap kali gi shopping barang dapur. Aku selalu kayakan derang ngan tak miss beli tisu berkotak2.
8.Tak pandai masak. Tapi pandai kalau tengok buku resepi...apa daaaa ( pppssssttt ada gak yg order ngan aku..he3x)
9.Kalau buat kerja umah, tak sarapan, makan tengah hari pun tak per asal umah siap dikemas. Suka alih2 kan barang umah cepat bosan kalau benda alah tu kat situ jer.(tapi x kurus2)
10.Suka beli hadiah kat orang yang disayangi. Tapi kedekut tahi idung masin(mmng betul) bila nak beli barang sendiri.
11. Suka terperap dalam umah, kalau dah balik umah susah nak kuar. (sbb tu kena kemas lawa2)he3x
12.Jenis giler buat kerja. kalau dah masak, masak macam2. kalau cat, cari lagi benda yang nak di cat. kalau menjahit, jahit apa patut. Begitulah sampai at the end.
13. Ada sorang anak lelaki(bukan tunggal ea tgh nak menambah zuriat). Muhammad izzul haziq 4 tahun bukan nov ne.
14. Suka english style, mulanya hanya suka bunga lagi2 rose. Tapi ianya diketegorikan english. So, english ler. Bila orang ada barang baru nak gak. Tapi last buat sendiri. Ikut kemampuan.
15.Yang paling penting aku adalah norizan binti ahmad. Panggilan Noreen untuk yang rapat dengan aku sahaja, izan panggilan biasa, win hanya adik beradik dan sepupu, ayang hanya untuk suamiku seorang.