Wednesday, November 10, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG


Sepatutnya pagi tadi aku buat n3 ne. Tapi sebab hari lahir x bersambut tu yang teragak-agak. Pagi ni haziq bagun awal sempat hantar ayah pergi kerja di muka pintu. Jarang dia bangun pagi. Lagipun nak kena start dah, sebab bulan dec ne dia dah masuk sekolah tabika. Malam tadi masa dia tido nampak comel jer. Aku ngan hubby duduk sambil perhatikan haziq tido. Hari ni haziq genap 4 tahun. Tu ler lahir lambat bulan Nov hujung tahun. Arwah mak mentua pun genap 2 tahun. Kongsi tarikh ngan hari lahir haziq. Pagi tadi aku peluk erat haziq, macam dah lama tak peluk cam tu, kami bergurau2. Haziq dah besar, dah nak sekolah. Ibu sayang haziq. Ibu doakan haziq menjadi seorang anak yang soleh, patut dan hormati orang tua. Lagi satu apa yang haziq impikan moga tercapai hendaknya. aminnnnnnn

Thanks for Being My Friends