Wednesday, November 24, 2010

APA KE HAL?


Salam semua, kat sini aku nak buat pertanyaan. Salah ke disisi undang2 kalau kita nak beli sebuah rumah 2nd hand kita ambil gambar rumah tersebut. Pertama untuk dibuat rujukan pada bank. Kedua, untuk ditunjukkan kepada pembeli. Masalah aku dah mintak izin dengan isteri penyewa dan dia beri persetujuan. Tentiba pula si suami yang baru pulang ke rumah. Datang kerumahku serang aku sambil marah2. Tapi kata si isteri itulah cara suaminya bercakap. Amboi! ingat aku ne siapa. Alhamdulilah aku masih mengawal kata2 ku. Masih sopan dan hormat orang yang berumur lagi. Siap dia kata pemilik rumah cakap jangan lain kata2 aku. Walhal dia yang menipu. Buat pandai sudah.......Dia marah aku suh beli umah lain. Salah amik gambar umah dia.(walhal dia hanya sewa dan berhak keatas barang dalam umah. Sedangkan aku hanya mengambil gambar luar rumah. Kaki pembelit sebab dia dah malu. Dia duk canang umah tu dia dah beli walhal masih sewa dan bayar 1/2 dari sewa yang sepatutnya dia bayar. Bukan nak kutuk tapi apa yer nak di buat dengan orang yang macam ni? Takkan pak haji suka cakap belit2? Aku memang tak percaya bulat2 apa yang dicakapkan oleh penyewa. Sebenarnya ada 2 rumah yang nak dijual. Satu lelong dengan harga RM65,000 dan satu lagi umah pak haji tu. Tanya dengan bank market dalam RM95,000. Harga lelong memang murah tapi kalau kena pandai main harga susah gak. Masalahnya ramai yang minta sebab kawasan persekitaran yang memang strategik. Kenapa? ada surau(belum siap), taman permainan, padang bola jaring, balai raya(akan dibina).



 Kalau aku jadi si penyewa ni. Aku takkan buat tembok sebab status penyewa belum bertukar kepada pembeli. Gara2 blacklist.........Tu ler jangan suka menipu orang. Akhirnya ketahuan.





Hi

Thanks for Being My Friends