Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.
Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.
a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
“Wanita… sumber ilham selalu..” |
Melihatkan bentuk tubuh dan kulit wajah penyanyi tersohor tanahair kita, Dato' Siti Nurhaliza pasti sahaja ada dikalangan wanita di luar sana yang termimpi-mimpi dan paling tidak pun berangan-angan untuk memiliki tubuh dan kulit cantik sepertinya. Siti yang dibesarkan dengan penuh adat budaya pastinya menyanjung tinggi setiap apa yang diwariskan kepadanya. Begitu juga dengan amalan petua yang digunapakai sejak dahulu lagi. Tidak menolak kecanggihan terkini, apa yang penting bagi Siti amalan tradisional itu menjanjikan pengalaman yang luar biasa.
Bagi Siti, untuk mendapatkan kulit licin, ambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Kemudiannnya, Sapukan pada muka sebelum tidur. Jangan pula lupa basuh muka keesokan harinya. Begitu juga dengan penjagaan kulit, Siti gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur. Selepas itu, ianya di sapu pada muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit. Itu bagi memiliki kulit halus dan bersih. Mungkin ada yang tidak perasan kulit kering dan bersisik itu sebenarnya mencacatkan penampilan seseorang. Untuk itu, bagi mengelakkan perkara itu terjadi Siti amalkan mengambil hampas kelapa dan campurkan dengan air asam jawa. Selepas itu, disapukan pada tempat kulit yang bersisik. Buat berulang kali dan insya-Allah kulit tidak akan bermasalah lagi.
sumber FORUM CARI |
Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.
Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.
Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.
Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.
Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada.. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila anda memakai coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas ditarik pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.
Untuk memastikan coli ada sesuai. Sewaktu mencuba, Lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.
Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.
Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih.
Lakukan pemeriksaan dua atau tiga hari selepas berhenti haid setiap bulan. Lakukan pemeriksaan didepan cermin untuk melihat tanda-tanda perubahan seperti
- Ketulan pada dada dan bawah ketiak
- Sebarang perubahan daripada segi bentuk dan saiz
- Bengkak, kemerahan, perubahan warna kulit dan rasa panas
- Puting masuk ke dalam
- Rasa sakit yang tidak berkait dengan datang bulan
- Keluar darah atau lendir bukan susu pada puting
Cara pemeriksaan buah dada yang betul perlu dipelajari. Dapatkan nasihat doktor atau hadiri kelas khusus untuk pemeriksaan buah dada sendiri. Anda boleh hubungi Persatuan Kebajikan Barah Buah Dada di 03-79492093
Jika ada sebarang perubahan, dapatkan pemeriksaan doktor. Walaupun ia mungkin bukan petanda penyakit, namun setiap perubahan adalah penting. Pengesanan dan rawatan awal dapat memberikan peluang yang besar untuk pulih dan menyelamatkan nyawa. Jangan malu mendapatkan kepastian doktor.
Permakanan yang sihat dan sesuai boleh membuat tisu buah dada sentiasa sihat.
Antaranya adalah isoflavones seperti genistein, Gamma Linolenic Acid (GLA), Indole-3-Carbinol, broccoli untuk sulforaphanes, gotu kola, saw palmetto dan lycopene.
Kacang soya adalah antara makanan yang mengandungi genistein. Genistein daripada kacang soya mempunyai bentuk kimia yang menyerupai hormon estrogen. Ini dapat membantu dalam mengimbangi dan mengawal kadar estrogen dalam badan wanita. Semakin wanita berusia semakin menurun pengeluaran hormon estrogen. Amalan permakanan daripada produk kacang soya dapat membantu dalam mengurangkan kesan kekurangan estrogen ini.
Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu dalam mengimbangi aktiviti prolactin. Prolactin adalah bertujuan untuk menghasilkan hormon prostaglandin PGE, hormon membantu dalam perseimbangan dan fungsi biologi badan.
GLA seperti daripada Evening Primrose Oil (EPO) turut membantu dalam mengatasi masalah Premenstrual Syndrome (PMS). Penghasilan prostaglandin memerlukan kumpulan vitamin B lengkap, vitamin C, zink dan mangnesium. Malah dicadangkan mengambil multivitamin dan mineral lengkap bagi mendapat tahap kesihatan yang baik.
Indole-3-Carbinol satu lagi bahan yang dijangkakan dapat membantu kesihatan tisu buah dada melalui kemampuannya membantu proses metabolisma hormon estrogen. Bahan ini terdapat dalam sayur-sayuran jenis “cruciferous” seperti brakoli, kobis, cauliflower dan “bruseels sprouts”. Sayur-sayur ini turut mengandungi sulforaphanes yang telah dikenal pasti memberikan kesan positif kepada tisu buah dada.
Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting. Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oxidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.
Gotu kola adalah untuk membantu melancarkan edaran darah dalam badan. Edaran darah yang lancar membantu dalam membentuk tisu-tisu badan yang sihat.
Pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan pengambilan lima hidangan satu hari sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya. Satu hidangan adalah sebesar tapak tangan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat yang tidak dapat dibotolkan. Ia dapat membantu badan membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan melindungi sel-sel daripada berkembang kepada sel-sel yang boleh menjadi kanser.
Bagi wanita, amalkan permakanan yang berasaskan soya. Semakin kerapkan pengambilan soya apabila usia semakin bertambah. Pengambilan kacang soya adalah pada kadar 40 ke 80mg sehari.
Begitu juga pengambilan EPO. Dapatkan EPO dalam bentuk pil agar ia mudah dimakan setiap hari. Jadikan tomato dan brakoli atau sayuran berkaitan dalam hidangan makanan harian.
Bagi wanita yang mahukan buah dada yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah penting. bersenamlah kerana membantu dalam melancarkan edaran darah beroksigen. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan sayur-sayuran dan fiber. |
Posted: 02 Oct 2009 11:03 PM PDT Sukar untuk mencari wanita dengan waktu subur yang tepat setiap bulannya. Waktu subur lebih merujuk kepada waktu atau hari berlakunya ovulasi (pengeluaran telur dari ovari).
Ia berlaku sekitar 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya (jika wanita itu tidak hamil). Dalam erti kata lain, waktu subur pada bulan itu hanya dapat disahkan dengan pasti selepas kedatangan haid berikutnya.
Ini penentuan secara retrospektif (melihat kepada kejadian yang sudah berlaku).
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat pada setiap bulannya misalnya setiap 28 hari atau setiap 30 hari, waktu subur boleh diketahui memandangkan tarikh haid berikutnya dapat diagak dengan tepat.
Ini dilakukan dengan menolak 14 hari daripada tarikh haid berikutnya. Misalnya, jika kitaran haidnya setiap 28 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-14 daripada hari pertama haid.
Jika kitaran haidnya setiap 30 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-16.
Namun, kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza contohnya, kadangkala 28 hari dan kadangkala 30 hari, maka waktu suburnya sukar dijangka dengan tepat melainkan hanya selepas didatangi haid berikutnya.
Kajian menunjukkan wanita yang lebih menumpukan hubungan seks kepada jangkaan waktu subur saja mempunyai peratusan kehamilan yang kurang berbanding wanita yang melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa mengira waktu subur.
Atas sebab inilah, kebanyakan doktor lebih menasihatkan agar pasangan tidak terlalu bertumpu kepada waktu subur saja untuk melakukan hubungan seks.
Pemeriksaan ultra bunyi melalui faraj juga dapat membantu mengagak waktu subur berdasarkan ukuran saiz kantung folikel telur. Ini disusuli dengan pemberian suntikan hormon hCG untuk merangsang pematangan akhir telur dan mencetus ovulasi yang berlaku pada sekitar 36 hingga 40 jam selepas suntikan itu. |