Wednesday, March 31, 2010

SAHABAT


Salam pagi rabu, untuk pengetahuan semua hari ini tepat jam 5.oo petang kawan, kakak, sahabat yang sanggup mengharungi susah, senang, suka dan duka bersama akan meninggalkan ku. kami dah tak bersama lagi sebab dia. gimiknya........sedih memang sedih dah hambir 5 tahun kami menjadi rakan sepejabat. Dan dia dah lama buat keputusan nak duk umah jaga anak2 yang tiga orang tu. Biasalah, masam2 muka, kecik2 hati lumrah manusia. walau apapun dia memang best. Berkawan ngan dia memang best, dialah kakak, dialah sahabat, dialah teman yang memahami diri aku. Orangnya kecik molek, mek kelate. Selama kenal ngan dia, dialah tempat aku luahkan perasaan. Pagi-pagi aku dah melalak sorang2. gara2 nak tulis punchkad untuk bulan april 2010. Nama dia dah tak de lagi kat senarai punchkad............mencurah2 air mata. Tu ler..macam tak jumpa lagi, umah dia bukannya jauh sangat. Tapi mesti tak sama macam dulu sepejabat. hari2 jumpa, kat ofis ne lah aku selalu ceria, riang tak de masalah. sebab hari2 ketawa....cuma sebulan sekali jer masing2 diam. ada jer cerita yang kitaorang borakkan. Kalau beli baju, seluar, kasut, tudung selalu pergi bersama. kadang2 bila gi kerja ada jer yang sama kami pakai walhal tak janji. Sebab kami GEMINI. Apa yang dia beli aku mesti suka. Sama ngan dia. Kami lahir pun selang sehari, bulan yang sama cuma tahun yang lain. Aku harap dia akan bahagia bersama keluarga tersayang. Sabarlah hadapi dugaan hidup ini .........


"AKU AKAN SELALU MERINDUI SAAT2 CERIA KITA NOR AZLINA BINTI OTHMAN "

Thanks for Being My Friends