Wednesday, March 24, 2010

MASIH ADA KAH INSAN BERNAMA MANUSIA SEPERTI INI?

Salam pagi rabu, ne cerita tentang cucu jiran bapa mertuaku. Anak yang ketiga dari pasangan en.zahid dan puan siti. Budak lelaki yang hidup dalam kemewahan tapi di segi luaran nampak biasa2 saja. Macam mana aku tak kata macam tu, ayahnya seorang pengarah syarikat di kilang telefon di pasir gudang. Aku memang salut ngan kak siti dan abg zahid sebab besarkan anak dengan cara bersederhana walhal mereka dari golongan mewah. Tau2 jer gaji seorang pengarah kan? Nak dijadikan cerita anak2nya ada 6 orang termasuk yang bongsu kembar sepasang. Ha! yang tu jer yang tak masuk asrama sebab baru 5 tahun. Yang lain2 semua kat asrama dan universiti. Cerdik2 anak mereka. Semuanya cemerlang dan berita terbaru aku dengar anak yang no 3 ne adalah siswa cemerlang di IPTA dan mendapat kepujian pulak tu. orang tua mana yang tak bangga? Bila tiba masa si ayah nak berikan hadiah sebuah telefon bimbit(MESTI YANG MAHAL). Si anak pun bersuara, "yah, kalau nak kasi jangan depan kawan ajit YA, kawan ajit tak de ayah, kawan ajit ne orang susah. Ayah kasi kat tempat lain je" Aku dengar pun terkejut gak bila hubby citer kat aku. Berapa orang yang kita boleh jumpa jenis yang macam ne? seribu 1 kot. Yang pernah aku jumpa suka menunjuk2, berlagak, selalunya perkataan yang keluar kat mulut sebut " hanya untuk tatapan bukan untuk menunjuk2" walhal tak de ke sebesar kuman perasaan nak menunjuk, bangga, mahu dipuji oleh orang lain, mahu orang tahu yang kita ada "benda" tu. Yang pastinya manusia banyak ragamnya dan manusia insan yang tak sempurna walhal allah pernah berfirman "sesempurna mahluk didunia ini yang aku ciptakan ialah MANUSIA" (peringatan untuk diri ini kerna aku juga manusia)

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers