Friday, March 26, 2010

KE BATU LAYAR?

Nak dijadikan cerita, seorang ustazah dan si suami bercadang untuk pergi berkelah bersama 2,3 orang jiranku. Bila dengar pelawaan itu aku pun ingin pergi bersama. Bermulalah kesah. Jadi dibesarkan isu perkelahan itu, atas cadangan ramai kami jadikan hari keluarga kenari 14. Kali ini perbincangan antara ibu2. sekali buat perbincangan tak habis2. kedua, ketiga, keempat....asal bersua muka ada saja perbincangan. maklumkan baru pertama kali program seperti ini kami jalankan. Seronok, tak sabar, semuanya ada. apa lagi dengan anak2 mereka lagi suka, sebab banyak aktivi yang akan dijalankan....untuk memeriahkan majlis tu. perbincangan pertama destinasi ke tg. balau.....kemudian bertukar ke batu layar. sebab di tg balau pada 1 mei ini memang ramai yang membuat pilihan destinasi perkelahan. Maka kami pun bercadang ke batu layar, kota tinggi. surat sudah dibuat belum dicetak sahaja. denagn tak semena-mena seorang jiran menelefon beri "cadangan sahaja" ke jason bay, kota tinggi. katanya "cadangan" menyewa chalet di sana dengan harga "dibawah RM100" boleh gunakan kawasan bagi aktiviti yang akan dijalankan. "cadangan, akak tak paksa" lain pula ceritanya bercanggah dari isu yang dibincangkan. Hanya cadangan tapi disertakan dengan nombor telefon chalet yang aku hubungi "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan". Menurut ustazah, jiranku dan kawanku serta aku. Tak payah sewa chalet sebab program ne tak sampai 1 hari. Tiba di tempat perkelahan dlm jam 9.30pagi, jalankan aktiviti permainan, makan tengahari, penyampaian hadiah dan mandi2. mungkin dalam jam 2 petang aktiviti dah selesai. kan rugi menyewa chalet. kata "cadangan" tapi bila ku dah siap buat surat & borang dan destinasi perkelahan adalah "BATU LAYAR" kakak2 jiranku bertiga melenting "kenapa batu layar? bukan jason bay" kata cadangan? ustazah tak setuju ke? aku yang menjadi mangsa amarah "kata mereka bukan marah cadang sahaja".Diberi 3 pilihan. Batu layar, tg. balau dan jason bay, kota tinggi. mereka berikan 2 keburukan tempat tersebut "TETAPI" jason bay bagus....dekat dengan pantai.......menyewa chalet beri kemudahan untuk rehat, mandi dan siapa yang "ada anak kecil" aktiviti yang diadakan tak sampai sehari suntuk. sempat ke? nak buat game, nak mandi2 dan bbq? memang kalau sewa chalet, pergi saja dah ada tempat untuk kita. Tapi, kalau nak buat aktivi, siapa cepat dia dapat. dia takkan booking pantai sekali, pantai hak umum. kata cik a. betul, lainlah kalau tidur disana. bayangkan sekeluaga RM30. kalau 7 keluarga sahaja baru RM210. hadiah? bbq? chalet? cukup? cakap biar berpikir.....nak guna duit lorong? yang kumpul seorang RM5 sebulan? nak dapatkan sebulan RM20 pun susah. yang bayar duit lorong tak pergi? amanah ke? Masalahnya yang sibuk2 bercerita, dan komplain tak pergi perkelahan......."apa yang keluar dari mulut tak pernah difikirkan dahulu" akhirnya ada yang menangis......kenapa? rasa bersalah? "HANYA CADANGAN" DAN AKHIRNYA PROGRAM DIBATALKAN" Tanpa gunakan nama orang lain. aku buat keputusan batalkan saja, dari ungkit-mengungkit dibelakang hari. relakah anda pergi "tempat" yang anda tak rancang dan tak nak pergi" tentunya dengan muka yang masam.....hati yang berbelah bagi, dan tak ikhlas" Dan aku tak menyangka jiran yang aku anggap jjiran seusiaku, bertalam dua muka.......moral of the story "JANGAN PERCAYAKAN ORANG LAIN 100%. LEBIH BAIK PERCAYA KEPADA ALLAH DAN DIRI SENDIRI.

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers