Thursday, January 28, 2010

MELAWAT ORANG MENINGGAL

Hari ne masuk kerja lambat skit sebab gi melawat orang meninggal dunia, tak jauh belakang umah pak mentua je. Arwah(lelaki) ne tak sakit tapi ada masalah nak buang air kecil. Dia meninngal subuh tadi. Hari isnin lepas kata cik lin arwah pak razak ne dah sihat, tiub kat saluran kencing pun dah dibuka. Tetiba je dia nak tengok cucu gi sekolah(jalan kaki). ok la tu dah sihat. yang pelik dia boleh gi kedai atas belikan cik lin(jiran abah) biskut, cik lin nak bayar dia cakap aku sedekah je kat kau. Pelik gak......pastu 2,3 hari pastu dia sakit balik dan pas subuh tadi dia menghembuskan nafas terakhir disisi isterinya pertamanya. Dia ada 2 orang isteri dan ramai anak serta cucu. Tadi masa kami sekeluarga melawat ramai yang datang. yasin perempuan pun dah start baca yasin. Apa pun semoga rohnya dicucuri rahmat, diringankan azab kuburnya serta ditempatkan disisi orang2 yang beriman. ALFATIHAH......

* JARANG KITA TERJUMPA SI ISTERI PERGI(MENINGGAL DUNIA) DAHULU DARI SUAMI TETAPI SI SUAMI PERGI(MENINGGAL DUNIA) DAHULU MENINNGALKAN ISTERI BANYAK BERLAKU.

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers