Raya tahun ni makin sunyi tanpa arwah mak & abah mertua. Kami sambut pun secara sederhana sahaja. Tak banyak barang rumah yang berganti, hanya sarung kusyen aku beli yang baru. Langsir pun guna yang arwah mak jahit dulu. Itulah kenangan. Yang paling tak sabar nak beraya si izzul, dengan bag domo nya. Start jer beli dah mintak duit nak isi.
Raya tahun ni tak meriah seperti tahun-tahun dulu. Aku beraya sebagai anak & menantu yatim piatu. Hanya ada suami, abang ipar & izzul. Cukuplah mereka yang menghiburkan hatiku. Tak sabar nak menanti kelahiran anak kami yang ke-2 pada 10 november 2011 sempena umur izzul 5 tahun. Boleh pulak sama due ngan abang long dia. Tiada ibu, adik beradik.......Susah juga bila hanya kita sahaja yang berani bersuara bagi pihak orang lain. Orang lain yang buat masalah kita pulak yang kena tempias. Tapi, semuanya ada hikmah disebalik kejadian...Dan aku sangat2 bersyukur kerana allah telah memberi petunjuk kepada kami sekeluarga. Akhirnya pembuat masalah yang mendapat keuntungan. Mengalah bukan beerti bersalah. Biarlah apa pun orang nak kata. Yang penting happy!.....tak pening menanggung beban keluarga, adik beradik....cukuplah selama ini hidupku menderita, berat sungguh beban yang aku tanggung selama ini. Baru sekarang aku merasa bahagia, x der lagi menanggung hutang adik beradik, mendengar keluhan .......alhamdulilah.