Monday, September 5, 2011

IZZUL HAZIQ & HAK MILIKNYA.

Bulan puasa terlebih rajin, sebabnya aku tak payah masak tuk sarapan, makan tengah hari, mahupun minum petang. Syoknya, cuba kalau puasa setahun tak henti2. Konfirm best. Rasa cam sekejap jer puasa, cam tak cukup sebulan. Mana taknya, aku puasa tahun ni tak penuh. Awal 2 minggu jer penuh, bila 7mths pregnant perut dah mula lapor manjang. Tak makan pening, bayangkan makan malam jam 11mlm, subuh dlm 2 pagi perut bergelumbang menandakan baby nak mamam. Alahai, nak ditahan tak boleh tidor. Jawabnya kena bangun sorang2 makan nasi lagi. Dah tu, bila jam loceng bunyi jam 4.00 pagi. Hubby sorang jer yang bangun sebab aku dah zzzzzzzz ngantok. Bulan posa aku tido tak cukup 8 jam. Paling lama 4,5 jam jer. Susah nak tido...sebabnya panas.....bila lah nak pasang air cond. Si izzul dah buat permintaan baik punya. 

Izzul: Ibu, izzul nak tv ngan air cond kat bilik.

Ibu: Banyak cantik, tapi boleh...kena guna duit tabung izzul ea.

Izzul: (sambil mengira kesepuluh jari) ok, 10 jer ea......

Ibu: Wah! banyak tu, berapa 10 tu?

Izzul: RM10 hinggit.

Ibu: Mana cukup.....kedekut. 



Hasil kerja dibulan puasa, siap mendeko:

Izzul: Ibu, ayah jangan tido kat bilik abang ea....

Ibu & Ayah: (Saling memandang) Ye lah tu, abang izzul jangan tido bilik ibu & ayah ea.....kalau datang siap!...he3x







(Asyik2 ngan gaya ultramen, nyampah!)

Thanks for Being My Friends