Semalam gi rumah terbuka cousin hubby, tapi aku pergi ngan abang ipar & izzul. Masalahnya setiap mata tertumpu pada kami. Pada mulanya aku suspek mesti dia kata abang ipar aku cina. memang pun keturunan cina. 2nd confirm dia ingat kami suami isteri. Lawak2.....ha3x...ada sorang kakak tu asyik tengok aku jer.
Mesti ayat lam kepala dia ckp. " besarnya suami dia......" Aku plak macam nak nyambung "ni abang ipar saya kak, suami saya kerja. Ni rumah sepupu derang" -the end-
Abang ipar ada sapa2x kenal?
Banyak orang kata cam cina hongkong he3x..sorry long jangan kecik hati. Tapi setiap kali kami jalan ke shopping complex yang peniaganya cina dan nak wat promotion barang. Confirm mereka akan promote kat abang ipar aku sorang jer. Sebab aku pakai tudung, confirmlah orang melayu. Hubby plak dah gelap sikit. Tapi masih nampak cam orang cina.
Hubby ngan abang dia
Ada 1 cerita ni masa kami baru nak pindah umah yang kami diami sekarang ni, jiran sebelah punya kawan datang kerumah mereka untuk tolong mengemas umah. Boleh plak dia sound kat kawan dia. "Eh! ko berjiran ngan orang cina ea?" Aku yang terdengar gelak sakan. Cepat2x jiran aku tu kata "x lah dia melayu ler" ha3x......
My si comel izzul haziq
Anak aku plak, aku suh jiran sebelah jaga, dia bawak anak aku jenjalan, dah semua kawan dia kata "muai jaga anak cina, mahal tu bayarannya. Dengan gelak jiran aku cakap "ni anak melayu" ha3x......
Tak tau nasib baby yang bakal lahir ni, cina2 lah, sepet2x lah...asal sihat, normal.....ala arwah nenek sebelah mak aku pun cina gak. Arwah mak mertua aku cina that's why anak2 dia chinese looks.