Hari ni dah nak masuk 35weeks my pregnancy. Rasanya dah tak larat nak drive so, hari ni hubby antar gi kerja. Pinggang dah sakit2, duduk lama sakit, diri sakit...baring jer x sakit. Tu pun nak kena ngan posisi yang betul. Perut ni bila terkena stereng sakit la plak. Bila baby gerak rasa sakit cam hujung2x kulit. Siang baby x aktif sangat, tapi kalau time malam memang aktif. Janganlah dia pun sama cam abang long dia. Malam setiap 1 @ 2 jam mesti bangun nak nyusu. Dengar orang lain dah bersalin aku teruja nak bersalin jugak. Teringat kat adik pengasuh izzul. Scan kat klinik dokter kata perempuan, anak 1st jadi excited memanglah sangat. Dia pun beli barangan baby semua perempuan punya. Spray air tu pun pink. Mana x confident, bukan 1 klinik kata girl, banyak klinik dia pergi semua kata baby girl. Last2 hari isnin lepas adik dia dah bersalin. Dapat baby boy dengan berat 3.6kg. Patut pun perut dia besar, tapi tengok pada perut pun cam baby girl. Sebabnya kembang semacam. Nasib orang lain2x, apa pula nasib aku ya? Tak sabar rasanya nak keluarkan baby lam perut ni. Suamiku & abang long(izzul) lagi ler menanti kelahiran ahli keluarga baru dalam keluarga kami yang kecil ini. Persiapan semua dah ready, aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk dapatkan baby girl. Aku rasa cam baby boy sebab mak kata macam moncong jer perut aku. Apa2 lah aku x kesah asal baby aku sihat, normal, senang aku nak bersalin nanti, alhamdulilah syukur. Semalam ajak izzul tengok kat youtube minah salleh bersalin normal. Takut giler dia sebab banyak darah yang keluar.
Izzul: "ibu, izzul nak baby 1 jer, takut lah banyak keluar darah. Si ayah sengeh.
Ibu: Tapi ayah nak lagi 1 pasni.
Izzul: Ok2x lah, 2 jer ea....kesian ibu seksa banyak kuar darah. tengok orang tu jerit2 izzul takut. Sakitkan ibu.......
Ibu: (Budak 5 tahun pun tau kesiankan ibu) Ayah, izzul nak 2 jer baby dia kesiankan ibu. Ayah sengeh jer......
Ayah: Ok, lah....tu....dari 1 jer..he3x
Apa yang menakutkan aku ialah, baby yang bakal lahir ni dokter anggarkan 2kg sahaja. Tapi nurse kat klinik desa cakap besar juga macam abang dia. Dulu masa bersalinkan izzul dokter kata anak awak ni besar & tinggi. Betul ar, dengan berat 3.6kg dan tinggi 51cm. Keluar2x dah macam umur 1 bulan. Alhamdulilah aku bersalin yang dulu kembar air jadi x sakit sangat. Air ketuban pecah masa aku nak buang air kecil, sib baik kat toilet. Rasa panas jer...... Yang susahnya baby x mau keluar, bila dah standby depan bilik operation baru rasa nak meneran, tapi sebab barang2 dah disaiapkan untuk operate dan baby dah lambat 6 hari. Dokter takut baby lemas..so operate lah. Masa operate tu rasa juga derang duk tekan2 kat perut. Hilang segala kesakitan bila dapat lihat wajah anak. Banyangkan aku duk berlari dari toilet bila dengar baby nangis. Ingatkan anak aku, rupanya anak orang lain. Terkejut kakak2 kat situ. Siapa kata perempuan lemah? Kalau kali ni aku bersalin normal, kenalah jaga diri baik2 sebabnya aku ni lasak. Baru balik hospital aku memang lemah lagi. Esoknya aku dah bangun pagi, mandikan anak, kemas bilik sebab nurse nak datang periksa baby. Nak wat macam mana aku x reti duduk jer kat bilik. kali ni kenalah jaga2x. Rasa cam dah nak tunggu hari bila ramai yang kata perut dah turun, ketinggian perut melebihi usia kandungan. Rasanya tak sampai bulan 11 kot. Dah x sama ngan due date abang. Scan ari tu 10/11/2011, due abang long 10/11/2006 . Kalau sama leh sambut hari lahir serentak.