Macam biasa tak raya pun aku tetap mengemas, menukar kain langsir dan mengalih perabot rumah. Tambah2, sekarang ni aku dah ada pembantu yang membantu aku mencari idea untuk memperindah kediaman kami. Bukanlah dengan membeli perabot mewah, tapi cukup sekadar menukar2 letak perabot rumah. Tak payah disuruh, dia dulu yang memberi cadangan.
Izzul: "Ibu, apa kata kita tukar kerusi ni letak kat situ." Kejap ea, abang pikir lagi.(sambil jari letak kat atas kening)
Ibu: "ok.
Setelah selesai mengemas......
Izzul: "Ibu, rumah kita cantikkan kan?
Ibu: "senyum. :)
Semuanya recycle, langsir jahit awal tahun lepas. Tiada yang baru.
Balang kuih sahaja yang baru, sebab tahun lepas guna balang kaca tapi semut tetap masuk. Kali ni guna balang plastik yang tutupnya warna merah. Renda2 recycle dari balang kaca tahun lepas2.
Inilah syurga bagi kami bertiga dan bayi yang bakal lahir november ini, rumahku syurgaku. Tiada tempat yang seindah selain dari teratakku kerana inilah hasil seniku, hasil sentuhan kami bertiga. Aku lebih suka terperap dirumah dari melepak diluar rumah. Bila dah masuk rumah, malasnya nak keluar. Izzul pun tak suka pergi taman, atau jalan2 kerumah jiran. Cepatnya nak balik umah. Betul juga kata orang2 tua. Yang selesa dirumah sendiri, nak buat apa pun boleh, tak der orang nak marah. Bak kata orang makan tak makan umah sendiri......betul3x