Thursday, March 17, 2011

SIAPA YANG TAK SUKA BILA DAH DISAHKAN MENGANDUNG?

http://preggymomguide.com/wp-content/uploads/healthy_pregnancy_image.JPG
Pagi rabu lepas cik rin ada buat urine test lagi tuk memastikan yang cik rin mengandung. Secara sahihnya lah. Ujikaji tu cik rin buat pagi dalam kul 7 pagi. Tak payah tunggu 10 minit. Letak jer urine kat atas test pregnant tu. Yang positif dah nyala merah dulu. Sukanya tak terkata, pastu bila hubby balik kerja cepat2 suh tengok. Ok, dah tiba masanya nak gi scan. Suka kemain masuk bilik dokter. Tapi dokter just cakap "kalau kulit perut tebal susah nak nampak baby" . Lemah mendengarnya. Bila scan dokter kata baru 5 weeks. Tapi kalau ikut kiraan dah 7 weeks. Ada delay something. Entahlah, yang pastinya sama macam masa cik rin ngandung kan izzul dulu. Last period bulan 12 2005 tapi bersalin 10 November 2006. Tak per lah...ada lagi ayat dokter yang tak sanggup nak di dengar. "lagi 2 weeks datang scan balik takut2 sarungnya saja ada tapi baby ada masalah. Tu yang malas jadinya, x der mood. Tak happy nak citer pasal incoming baby. Yang penting cik rin jaga diri baik2 dan kesihatan. Doakan impian kami terlaksana dengan jayanya..........amin......

Thanks for Being My Friends