Assalamualaikum semua, aku dah macam biskut chipsmore, kejap ada, kejap ilang. Semua tu disebabkan Noreen's Mini Kitchen . Banyak aktiviti yang dulu selalu aku buat bila menjelang cuti terpaksa aku korbankan. Bunyi cam besar sangat pengorbanan tu. Lagipun rezeki untuk orang macam aku ni yang susah melelapkan mata menjelang malam. Biasanya aku akan tido paling lewat 1.00pagi. Paling awal 8.30mlm. Biasanya kalau x boleh tido macam biasa ler...tengok tv. Set ler 30 minit, x leh tido set lagi. Tapi skang ne aku dah ada kerja. So, waktu terluang x boleh tido tu membaking. Nak kata rajin memasak, tak ler sangat. Ruginya ya orang yang x der mak mertua cam aku ne. Kalau x leh kongsi2 resepi. Tapi masa arwah mak mertua ada dulu pun segan nak mintak resepi. Cuma bila aku masak dan hantar kat dia. Nanti dia akan bagi komen, dan aku ne plak boleh terima komen orangnya. So, cuba lagi.....dan lagi. Bestnya arwah mak mertua ne pandai masak. Apa saja yang dia masak semuanya sedap belaka. Sebab tu baru 1 tahun duduk ngan dia badan aku jadi gebu. Dari 50kg dah jadi 60kg. Satu jer pesanan aku pada yang masih punya "mak mertua" anngap dia macam mak kita. Cepat ler serasi. Tipu kalau semua menantu perempuan serasi ngan mak mertua. Sebabnya 2 perempuan kalau duduk satu bumbung banyak masalah. Macam aku, walaupun ada masalah ngan arwah mak mertua. Alhamdulilah aku masih lagi menjaga kelakuan & mulut. Apa saja yang dikatanya aku iakan. Sebab susah nak pujuk hati mak mertua kalau dia dah kecik hati ngan kita. Kalau nak lepas marah. Aku luahkan kat hubby. Sian hubby, lama2 aku pikir apa yang mak mertua cakap & nasihat tu semua ada tujuannya. Walaupun aku bukan menantu yang baik dan sempurna, aku tahu dia sayangkan aku. Rindunya ngan mak, Bila aku keguguran dulu, mak & mak mertua jaga aku. Dihati kecil dia dia juga sayangkan aku. Arwah mak mertua susah nak tunjukkan rasa sayang dia. Bila dia dah tiada, Kadang tu rasa rindu sangat sampai menitis air mata.(Utk org yg ada perasaan jer). Dulu selalu antar apa2 kalau dah masak, mak mertua suka makan makaroni bakar, La ne.....Macam aku buat apam dot2 ne teringat kat dia...
yang ne x menjadi...hampeh! aku pun makan sebiji jer.
2nd try....yang ne aku kasi 80% menjadinya. Setelah dirujuk kepada juri2 hoe seng & far east crane....
Buat apam dot2 ne pun sebab ada tempahan tuk majlis cukur jambul & tahlil.
Pastu ada plak yang nak buat hantaran pertunangan BCT Big Size.....
Berbalik kepada betapa sibuknya semalam, 11pg - 3.15ptg aku ada class Brownies ngan muffin dekat Norli Atan.
Memang puashati hanya dengan bayaran RM50 untuk class DEMO 2 jenis BROWNIES & 4 jenis MUFFIN. Banyak benda boleh belajar dan bawa pulang...he3x....banyak syok. Tak menyesal join class ne.
Marble Cheese Brownies
Triple Choc Brownies
Blueberry Muffin
Vanilla Muffin
Choco Cip Muffin
Choco Cip & Raisin Muffin
pagi tadi hubby breakfast apam dot2 ngan marble cheese brownies bersama milo suam.