Saturday, December 14, 2013

KEMBANGNYA PERKEMBANGAN DIRIKU

Apa yang betul? apa yang tak betul? Meh sini aku nak cerita pasal betul ke tak........Pagi ni aku pergi kerja pakai kasut yang dah lama aku tak pakai. Kasut ni aku beli masa dalam proses penurunan berat badan. Ceh wah! ayat macam menjadi jer. Ok2 saiz kasut ni...korang jangan gelak sampai tak hingat dunia ea. ok2 saiz 10, ok2 tutup mulut tu. Dengan tinggi 164cm dan berat masa tu 71kg, paham2 je lah ea. kasut pun amik big saiz. Dulu masa time anak dara saiz kasut aku 7 jer. Pas bersalinkan izzul haziq dah naik jadi 8 @ 9. Tapi yang sangat sedih bila dah bersalinkan Insyirah Hilda terus jadi 10. Hwaaaaaaaaaaa :( sedihnya.....Dari itu, aku terus tekad untuk menurunkan berat badan yang dari 71 tu...Program ni aku start buat pada June 2013. Selama sebulan berat aku turun dari 71kg ke 66.6 kg. Disambung pulak dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Aku suka3.....dan menjadi 62.1kg . Sejak tu saiz kasut aku dari 10 turun mendadak ke 8. Baju2 pun banyak yang longgar, seluar jena saiz 28 dah boleh pakai. Yang paling ketara muka tak lagi sembab. Tu belum kira nak beraya dengan rendang, sayur lodeh, sambal kacang, nasi impit lagi tau....Dah tu terjadilah penaikkan berat badan balik iaitu 63.5kg. Ramai yang kata FIGURE UP ni tak bagus ada kesam sampingan. Tu yang aku stop guna lagi sebulan tu jelah aku guna. Pastu aku jaga pemakanan dan buat senaman yang ringan2 jer dalam rumah. Nasi pulak aku ambil seminggu 2,3 kali jer. Minuman manis & air batu kurangkan lah yer... Yang pasti sebelum tidur buat senaman dulu. Lagi2 kalau termakan lepas kul 7 malam. He3x...termakan ea? Lawaknya bila si izzul ngan shiera pun ikut buat senaman gak. Si ayah jer gelak tengok anak ngan ibu bersenam.

Ni yang aku makan selama sebulan untuk turunkan berat badan

Me dengan berat badan 50kg

Selepas keguguran 1st baby 60kg

Masa 2nd pregnant (Izzul) 76kg

Umur Izzul 8 Bulan berat aku 60kg. Samakan ngan masa lepas keguguran dulu? Aku pun macam tak caya. Yang beza cuma masa lepas gugur dulu badan aku macam bengkak. Bila timbang berat badan memang 60kg. Silapnya masa dalam pantang badan aku membengkak. Bila datang Hospital penawar balik dokter kata aku alah pada ubat antibiotik. 

Masa ngandungkan 3rd  baby shiera 79kg

Masa ni umur shiera 1 tahun 5 bulan berat aku 71kg

 Selepas penggunaan FIGURE UP selama 1 bulan + 1 bulan puasa 63.3kg

Terkini 63.5kg

Thanks for Being My Friends