Thursday, December 12, 2013

1st Day CRYING

Hari ni nak citer tentang si comel Shiera. Hari ni 1st day dia stay umah cik lin a.k.a jiran selang 2 buah umah ngan aku. Kenapa? pengasuh shiera last minit cakap ngan aku nak balik Terengganu. Hari tu kata nak balik hari jumaat 5hb tapi disebabkan banjir yang teruk dia tunda. Si hubby plak dah amik cuti jadi takkan nak cancel. So, kami bagi tau kat pengasuh pasni kalau nak cuti balik kampung tunggu hubby kerja malam yer kak jadi tak yah hubby amik cuti. Last2 hari selasa ari tu baru dia cakap nak cuti.hari rabu nak balik kampung seminggu. Isnin depan baru jaga shiera.Kesian gak ngan ummi asyik tunda nak balik kampung gara2 banjir. Sedih mengenangkan nasib rakyat negeri2 yang dilanda banjir. Ada yang tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah dibawa arus banjir. Haishhh......apa pun semoga ummi selamat pergi dan pulang. Nanti shiera rindu....... Ummi dah jadi pengasuh shiera sejak umur shiera 3 bulan lagi. Mana tak rindu......Kelam kabut aku cari pengasuh pengganti. Nasib baik ada jiran aku yang sudi jaga shiera. Ermmmm...nangis gak tadi dia masa aku hantar dia ke rumah cik lin. Tapi nangis2 miang, dia ngan cik lin ok, hari2 bila lalu depan umah cik lin asyik tanya "ibu, mana cik lin"?
Sebelum hantar aku dah siap2 tanya ngan shiera.

Ibu: Adik, esok ibu hantar adik rumah cik lin ea. Boleh? Umi balik kampung.
Shiera: Ok, Boleh
Ibu: Adik jangan nangis ea.
Shiera: Adik nangis........
Ibu: Janganlah nangis ibu nak work.
Shiera: (Senyum)



p/s: Ibu sayang shiera comel..........

Thanks for Being My Friends