Saturday, December 14, 2013

CREATIFNYA...(APAM AISKRIM CORNETTO)

Macam nak mencuba membuatnya....bila yer? Asyik2 bukak blog kak ita http://www.azlitamasammanis.com/search/label/APAM...leleh gak air liur. Terpanggil untuk mencuba buat. Nanti la suatu hari......he3x

Saya kongsikan cara-cara membuat APAM AISKRIM CORNEETO dari Blog kak Ita
APAM ICE CREAM CORNETTO
Dari resepi APAM ICE CREAM
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami 

Mula-mula kita sediakan kon atau kelonsong dia dahulu. Ada beberapa kaedah untuk membuat kon, dan ikutlah kaedah yang anda selesa. Boleh ikut cara yang mudah dari mama fahmi dan rujuk lah di Fotopages beliau.

Atau boleh ikut kaedah yang dikongsikan oleh Chef Amer semasa ita mengikuti kelas coklat beliau. Tak kisah lah kaedah mana pun yang pasti ianya tidak terburai bila kita mengukus dan pastikan bucu kon tertutup rapat supaya tidak bocor dan adunan menitis keluar.

1. Bahan yang kita perlukan ialah kertas bungkus nasi lemak atau kertas burger atau kertas minyak. Pisau, gunting dan solotape.

2. Ambil sekeping kertas burger ukuran standard


3. Lipat kertas membentuk segitiga memanjang

4. Terbalikkan kertas dan lipat pula bahagian belakangnya. Kaedah seperti melipat kertas tisu. 


5. Potong kertas dengan pisau

6. Untuk bahagian yang satu lagi ratakan dan potong lebihan dengan gunting, biarkan ia sama saiznya.

7. Kita akan dapat 3 lipatan kertas berbentuk segitiga memanjang yang sama saiznya

8. Pegang kertas dalam kedudukan seperti dalam gambar di sebelah



9. Tarik hujung segitiga biarkan ia selari dengan hujung yang satu lagi. Sebelah tangan pegang pada sebelah bawah kon. Dan sebelah tangan lagi pegang di sebelah atas kon dan terus mengulung.



10. Bahagian yang lebih di lipatkan ke dalam kelonsong dan kemaskan, jika terlalu panjang bolehlah dipotong sedikit.




11. Kemaskan lipatan dengan solotape supaya lipatan tidak terbuka ketika mengukus

12. Pastikan bucu bawah kon tertutup rapat supaya adunan tidak bocor. Jika ada lubang bolehlah solotapekan.




Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan towel supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti.
Api jangan terlalu besar. Jika besar apam akan mekar setaman pulak!

Sekarang kita sediakan bahan-bahan adunan. Adunan dapat banyak tau! kalau keluarga tak ramai buat 1/2 adunan sahaja.

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor 
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut  
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati
Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas. 
Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.

Adunan tu ita tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli. 

Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.
Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk
Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.
Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya. 

Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.
Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler.
Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat)
Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.

Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers