Tuesday, December 3, 2013

GELAGAT ANAK-ANAKKU

Kalau tanya mana budak comel? Mesti dia jawab "adik". Ye la tu comel sangat. Kecik2 dah pandai bergaya, kalau gi beli baju dia mesti tak susah nak suruh test pakai nak tengok muat ke tak. Nak ajer di cubanya. Kadang tu siap tak mau tukar balik. nampak ni nak, nampak tu nak. Botak kepala ibu dia. Kadang tu ibu dia ni gak yang suka belikan apa2 barang untuk si comel ni. Sekarang ni dia dah 2 tahun. Tapi kalau tanya 'umur adik berapa tahun"? Dia mesti jawab "1 1/2 tahun" ha3x...Paling dia tak suka ngan abang dia si izzul. Nak bergaduh manjang, kang sekejap berebut barang, Kadang tu kemain baik. Bak kata si abang "ibu, dah besar nanti abang nak jadi adik beradik lah ngan adik". Confius aku, abis skang ni apa? Si shiera ngan izzul paling dengki kalau ayah ngan ibu dia nak romantik. Contohnya kalau kita orang duduk rapat2 menonton tv. Mulalah sibang menyelit, pastu adiknya pulak. Haishhhh bila ler nak couple2 romantik ni ea? 



Thanks for Being My Friends