Friday, October 14, 2011

HSI @ Hospital Sultan Ismail

Nak tau apa jadi semalam? Bangun memang awal sebab nak siapkan izzul haziq ke sekolah. Semalam hari terakhir dia amik exam. Cuma exam sempoa jer pastu belajar cam biasa. 2 hari sebelum tu aku dah mintak pengasuh dia tolong jagakan dia sekejap sebab khamis @ 13/10/11 aku kena gi HSI nak check up baby ngan hubby. Bila izzul dah gi sekolah aku gi la umah pengasuh dia nak hantar beg baju dia, bagi salam punya banyak kali. Hubby pesan kalau 3 kali bagi salam dia x jawab balik jer. Ok, aku balik tapi biasanya si lin ni suh aku tinggalkan jer bag baju izzul kat dlm pagar. Sebelum tu, pagar umah lin tak berkunci ea. Jadi aku masuk dan ketuk pintu sambil bagi salam. Dah tu, on the way nak gi sarap aku call, kat tempat sarap aku call. Banyak kali tau lebih 10 kot. Tak berjawab, sakkit gak hati ni, last2 aku call sekolah izzul tanya jam berapa exam habis. Cikgu dia kata dalam kul 10 pagi. Oh! x sempat sebab 10pagi tu temujanji aku ngan dokter pakat HSI. Jadinya aku & hubby kena cari alternatif lain, sib baik ada isteri kawan hubby si liza. Aku call liza mintak tolong jagakan izzul sekejap sebab kul 11:30pg dia balik sekolah. Alhamdulilah, nasib baik boleh. Sampai kat HSI jer aku turun dulu tuk amik nombor. Takut2 lambat....memang pun ramai gila orang. Aku jengah bahagian pregnancy kat bahagian pakar ramai oi! Amik nombor, daftar bayar RM5. Pastu gi kat bahagian pakar. Gi ceq berat badan, ha! berat aku dah 78.4kg. 1 minngu naik 0.5kg. Mak oi! rasanya nak bersalin jejak 80kg. Ceq tekanan darah, ok no problem. Pastu amik nombor tuk jumpa dokter pakar. no. masa tu 9017 dan nombor aku 9258. Lama giler aku nak nunggu. Tengok nombor lambat lagi aku ngan hubby gi cari majalah ke surat khabar ke nak mengisi masa yang giler banyak terluang tu. nak chat kat FB pun tak boleh line DIGI x der. Cari punya cari kedai jual surat khabar 1 kedai jer jual. Tu pun tinggal surat khabar tamil ngan NST. Beli makanan je la. Nasib baik ada tv leh tengok kartun. Chit chat ngan hubby, tengok gelagat orang & budak2 yang ikut mak derang gi check up. Terhibur gak. Sedar tak sedar alih2 dari no 9025 terus melompat ke 9250. Wah! mana pergi no yang lain2 ea? Punggung aku pun dah panas.....tentiba ada satu nombor ni x berpenghuni. Dah dipanggil berkali2 tapi owner dia x datang2. Aku duk bisik ngan hubby. " Kalau ayang x mo ar gi bilik tu, dokter dia lelaki ar. Last2 no aku plak kena panggil. Masak, dokter lelaki.....hadui! Masuk2 dalam bilik tu ada sorang nurse, dokter lelaki tua tu ngan sorang dokter cina muda. Aku rasa pelatih yang dokter muda tu. Macam biasa dokter tanya soalan yang sama. Kenapa dulu kena operate. Anak 1st umur berapa bla3x. Last2 dia suh aku baring atas katil nak scan perut. kali ni dokter pelatih yang scan. Ganas giler, bley plak dia tekan2 perut aku...ingat nak sound, nasib baik x sakit. Nurse pompuan tu siap sound "ha, abang boleh tengok ea". Sebelum masuk aku dah cakap awal2 ngan hubby suh amik video masa derang nak scan. Ok, tu semua nak jadikan kenangan kami. Terang giler, siap nampak tulang rangka badan tu. Dokter pelatijh tu ukur panjang kaki, kepala, ceq uri. Ok semua ok...berat dia anggarkan 2kg lebih. Opps...dokter pakar tu bising asal dah 36weeks berat 2kg lebih jer. You salah tengok tu!  Dokter pakar plak scan. Ha! 3.0kg, kesian dokter pelatih tu kena marah....Changes untuk aku bersalin normal 90%, kalau lambat bersalim cam biasa masuk ubat. Kata dia kalau dah ada tanda2 nak bersalin terus masuk hospital. Pasni aku dah x yah gi klinik masai @ hospital . Gi klinik desa jer. Ok, tiap2 minggu ea....sampai ler nak bersalin. Lupa plak nak tanya jantina...x per ar....suprise jer...Tapi firasat aku boy. Sukalah izzul dapat adik boy. Dah jadi 3 mat sepet..ha3x.....

Wednesday, October 12, 2011

~~KFC LAGI~~

Sengih jer dapat makan KFC, gigi bila nak tumbuh?

Yang sebetulnya nak mainan jer tu.


Kan dah kata, dia tak sabar nak suh bukak plastik maninan kat situ gak.


 Mana tak badan naik, kfc sesaja. Abis dah tak tau menu apa nak lunch. Makan nasi dah bosan, mee pun sama, sup? tak lalu ler. Lagipun nak ke complex pusat bandar nak beli barang office sebelum cuti panjang. Ingat aku yang belanja hubby ngan izzul skali. Hubby plak yang nak belanja. Kita orang ni kadang berebut nak membayar, he3x..ada plak ea? Paham2 jer lah takkan nak suh hubby semua yang bayar kalau kita bekerja. Isteri yang bertimbang rasa. Ni nak tambah ahli keluarga, aku siap pesan ngan izzul

Ibu: pasni kita kena kurangkan makan fast food ea, tak bagus tau
Izzul: kalau mainan ibu?
Ibu: Pun sama dah tak boleh beli. 
Izzul: mainan pangkah ea ibu? Buku boleh ea?
Ibu: Buku boleh beli, tapi jangan asyik beli tapi tak gunakan.

Jap jer tu promise dia, kang kalau aku tak nampak, konfem dia pujuk ayah dia suh belikan. Siap buat muka cam kucing cerita shrek.
 Ala-la comelnya....siapa tak luruh hati oi!

36Weeks

Esok dah ke HSI untuk check-up sama ada boleh bersalin normal @ operation. Tapi aku memang tak ada masalah untuk bersalin normal kata dokter mahzan @ poliklinik hijrah & Dokter klinik Masai. Baby memang dah berada pada tempat yang sepatutnya. Moga2 allah beri kemudahan untuk aku bersalin nanti.
 32 Weeks

36 Weeks
Masih sama @ ada perbezaan? Mestilah berbeza, perut makin besar dan pastinya berat badan memang bertambah. Last week 77.9kg esok gi HSI mesti dah sampai 78kg lebih.

Tuesday, October 11, 2011

MENGHITUNG HARI

Disebabkan tiada pengalaman dalam merasai proses melahirkan anak. Aku jadi teruja nak tahu. Jadinya sibuk menanya pada yang berpengalaman. Mana taknya, ramai yang dah menegur perut dah turun. Mak bidan pun kata mungkin dalam minggu ni sebab dia rasa perut aku ngan kedudukan baby. Mintak2 bersalin normal dan aku harap sangat baby taklah menjejak macam abang dia sampai 3.6kg. Ngeri, baby besar sangat susah nak keluarkan. Kali ni rasa macam semuanya cepat sangat. Masa pegnant 5 bulan aku dah kena inject kancing gigi. Selera makan pun membuak2. Bayangkan 2 minggu berat badan naik 2.5kg. Tapi kalau ikutkan kenaikkan berat badan sebelum mengandung hingga sekarang ni baru 9.4kg. kalau pregnant yang dulu 16kg. Makin nak tunggu hari makin naik, makin tak cukup tidur makin naik berat badan. Kalau yang dulu lambat 6 hari dari tarikh due date. kali ni macam cepat pulak. Aku dapat merasakan sedikit2 rasa sakit nak bersalin, maksud aku tanda2 awal. Rasa teruja lah pulak, hubby orang yang paling risau dan takut, kedua izzul siap pesan "ibu nak keluarkan baby kena kuat semangat tau" he3x....sayang anak ibu. Dah nak jadi abang ea? Dan sekarang aku selalu bertengkar dengan si bujang sorang ni bila nak buat kerja rumah. Mana taknya semua dia nak buat dengan alasan "abang dah besarlah ibu". Orang nak vacume sibuk dia pun nak, pas makan siap basuh pinggan, tapi melebih main air. Pastu puji diri sendiri "abang baguskan ibu". Jawab jer ya, kalau tak monyok pulak. Kalau tak kasi dia tolong buat kerja rumah mulalah cakap macam2. "abang tak nak tolong ibu pakai kasut lagi" ha? sebabnya aku dah tak larat nak bongkok2 nak pasang tali kasut, tu yang dia beriya2 nak tolong. Pastu ungkit plak, bila x disuruh rajin kemain, bila disuruh macam2 alasan, penat, asyik abang je yang tolong. Paling dia rajin, asingkan hanger ngan baju bila aku dah angkat. Dah pandai lipat baju, tapi dia punya ler. Hentam kromo jer, aku dah retired dari mencuci baju, memang kena beli mesin basuh auto ler pasni. Biar ada 2 mesin senang, 1 auto 1 manual. Laundry room pun belum siap reno. Tangga x siap buat store lagi. Aku cuti 2 bulan nanti boleh ler buat.



Sedikit info menanti proses kelahiran, lebih tepat tanda-tanda melahirkan baby.Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar



Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.



Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.





Tanda-tanda hendak bersalin



Kontraksi Rahim



Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.





Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.





Sakit Belakang



Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.





Pecah ketuban



Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.



Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.





Bloody Show



Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.





Serviks terbuka



Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Friday, October 7, 2011

TIPS MENGEMPISKAN PERUT YANG BOROI


1. Bangun pagi-pagi


2. Berdiri tegak....tundukkan kepala, tatapan mata ke perut


3. Bongkok kan badan


4. Buka baju
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
5. Lalu tampar perut byk kali, sambil mengucapkan :
-
-
-
-
-
-
-
"Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu...!! wachaaaa haha ! E'e
 
copy paste dari "Wujud"

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & ...diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.


2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.See More


By: Ceciter Ilmu.

PENANTIAN 9 TAHUN

Syukur kehadrat ilahi, penantian june & suami selama 9 tahun akhirnya diberikan hikmah dan kebahgiaan. June sahabat bagi izie kawan aku. Aku kenal june dari izie. June & suami bagi aku, contoh pasangan yang tabah & sabar dalam menghadapi ujian dari allah. Disebabkan penantian yang lama allah permudahkan proses kelahiran anak sulung june, YUSMIRA UMAIRA 2.9kg. 2 jam jun bertarung nyawa untuk melahirkan puteri sulong mereka. Due june sepatutnya 23/10/2011 tapi, 1/10/2011 june kata sakit nak bersalin bukan 5 minit berulang. Tapi terus sakit nak meneran. comelnya.....
dia

June dan permatahatinya

p/s x sabar nak tunggu baby ku pulak. Semoga allah permudahkan proses kelahiran anakku...amin...............

Thursday, October 6, 2011

Ber"couple" itu HARAM



Dicatat oleh Imam Al-Ghazali


Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita... yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”






1) Wanita Ananah :


Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.










2) Wanita Mananah :


Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu.”






3) Wanita Hananah :


Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.






4) Wanita Hadaqah :


Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.






5) Wanita Baraqah :


Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.






6) Wanita Syadaqah :


Banyak cakap tidak menentu lagi bising.See More


By: Ber"couple" itu Haram.

.

Wednesday, October 5, 2011

CERITA SEMALAM PUNYA.


Semalam aku x kerja, pagi2 dah sakit perut, sakit blakang tak larat nak bangun rasanya. Tapi aku terpaksa gagahi juga sebab tak der orang nak uruskan si izzul. makin nak bersalin ni makin manja kemain si bujang sorang ni. Bukan dia paham kalau ibu dia sakit ke, x larat ke. Sekejap jer tahap kesedaran dia diatas ketidakselesaan ibu dia selama pregnant ni. Time mood dia ok "ibu penat ea? oklah abang dah besar mnadi sendiri la. "nanti baby nak keluar ibu kena kuat semangat tau", Kalau baby dah keluar nanti abang nak jaga baby, nak tukar pampers baby, nak buat susu baby". Dlm hati aku" ye la tu...tengokkan jer nanti. Special request dari M.Izzul Haziq, "ibu abang nak baby boy tau sama macam abang, boleh ajak main ultramen sama2. Apa2 pun anakku, kita tunggu jer pas ibu bersalin ea. Hubby balik kerja jam 3pm sebab nak melawat arwah ibu kawan dia yang kembali kerahmatullah malam isnin di Air Tawar 2, kota tinggi. Dalam kul 6pm hubby ngan the geng JBFM bertolak ke air tawar 2. Arwah dah lama sakit, dalam masa setahun kawan hubby kehilangan kedua orang tuanya. Apa pun allah lebih sayangkan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. 
~~ Al-fatihah~~

Monday, October 3, 2011

KLUANG AKHIRNYA



Lama x dengar berita pasal abang ngan kak ipar ni. Derang pas kawin bulan april ari tu terus pindah kluang. Banyak perubahan yang ikin dah buat kat long, alhamdulilah...akhirnya long dah berubah. Suka mak, sayang dia kat ikin...walaupun ikin muda dari aku. Tapi aku bahasakan diri dia mak long. Sebab nak suh si izzul panggil maklong...Mak long ikin memang suka ngan budak2, sejak dia datang umah mak aku, bertunang ngan la ni dah jadi isteri abang aku. Dan tak lama lagi dia dapat baby bulan 5 tahun depan. Sukanya dia, ikin kata seminggu sekali long kena masak. Ikin x leh nak siang ikan, x tahan bau. So, bila mak dah tau menantu dia pegnant. Mak bekalkan pelam, jeruk yang kak siah buat. Seronok izzul jumpa mak long & pak long dia. Pernah 1 hari tu dia terperasan nampak mak long ikin. "ibu2 mak long ikin la"...bukanlah tu orang lain. Mak long ikin ni badannya gemuk, berisi. Tapi betullah orang kata, jangan pandang rupa @ keadaan fizikal kita. Yang indah tak semestinya menarik dan yang buruk tak semestinya membosankan. Entahlah aku bukan pandai berfalsafah @ buat ayat syok dibaca. Jangan yang salah tafsir sudaaaaa.... Sebabnya aku bukan pengemar novel. Ayat yang aku sorang paham sudah........Sampai sana kami terus makan tengahari. Ingat nak mandi kolam tapi, hubby penat drive. Jauh tu......rindu mak ngan long...nangis dia peluk long. Insyalah next time kami datang lagi ke kluang......dan bermandi manda....

p/s; kawan hubby kena gi seminar anjuran JBFM ke BALI, Indonesia 3 hari bila lah hubby nak pergi ea? tahun depan ke Phuket, Thailand

2 IN 1

Apa yang 2 dalam 1? Sabtu lepas jiran depan rumah arwah mertua ada buat majlis kenduri kawin anak perempuan dia yang no.3. Dengar2 cerita anak imam ni cikgu sekolah menengah. Sekolah mana ntah....imam ni jarang bergaul ngan jiran2 dia.  Sebab dulunya derang ni warga arqam. Sabtu tu, aku gi ofis jap bayar gaji pekerja. pastu terus gi rumah jiran arwah mertua. Masa dah sampai tu hubby cakap "ha! nak parking kete depan umah pun susah" aku pun jawab "biasalah ada kerja kawin'. Masa tu aku terperasan kakak nurse yang aku selalu gi checkup pregnant kat klinik desa cahya baru ada kat situ. Tertanya gak, apa yang dia buat kat situ. Aku suh hubby berhentikan kereta kat simpang, aku ngan izzul turun. Aku sapa nurse tadi.

Aku:  Kenapa kak?

Nurse: Ni ha, jiran ko meninggal.

Aku: Sapa?

Nurse: Suami dia...sakit jantung & angin akhmar.

Aku: dlm hati(cik lin x der suami) siapa ea? ooooo..... suami kak ina...innalilahirajiun....terkejut aku memang x sangka....

Nurse: Tadi derang call suh sahkan sama ada suami dia ada lagi ke tak...dah meninggal, memang kaki dah biru tapi dari wajah dia sampai dada masih panas lagi. x per lah akak nak balik dulu. Akak suh derang call dokter untuk sahkan lagi.

Aku: Ok, kak....tu rumah saya yer yg warna hijau. (apasal aku tunjuk umah? aku nak berpantang kat situ ler nanti, senang nurse ni nak datang.)

Dengan pantas aku call abang ipar suh dia balik awal. Semua yang datang ke rumah pengantin terkejut ada kematian disebelah umah. Semua ingat cik lin. Sebab dah nak 2 minggu cik lin masuk HSI. Yang buat kenduri kawin ayahnya imam surau kat situ2 gak. Tapi yang heran still bukak lagu2....cumanya x over ler cam jiran aku buat marhaban tapi karaoke sampai subuh baru berhenti. Maklumlah biadap + kureng asam. Tak ingat ada penghuni lain kat situ selain dari depa 3 keluarga.

Semoga kak ina dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan yang allah beri. Kesian kak ina, dah lah sakit buah pinggang. Masa arwah suami dia hembuskan nafas terakhir pun dia tengah gi cuci darah kat masai. Tak sempat nak cuci darah baru masukkan tiub. Dia dapat call dari keluaga dia yang suami dia dah tak ada.  Anak kecik2 lagi, berilah mereka kekuatan ya allah!.....kau permudahkanlah perjalanannya. Tapi kalau allah nak cabut nyawa x tanya pun tanggungan kita. setiap masa kena bersedia menghadapi kematian.

Al-Fatihah.......

OUR ACTIVITY ON FRIDAY NIGHT

Jumaat malam tanpa dirancang awal. kami 2 keluarga iaitu noreen's & company serta Lin's & company bejimba2 di complex pusat bandar pasir gudang. Last minit baru tercetus idea. Lepas magrib dalam 8.30mlm baru kami sekeluarga ke pusat bowling pasir gudang. Family lin sampai dulu jadi derang ingat kami lambat sampai so, derang gi karaoke 1 lagu RM1.

Kebiasaan, ultramen x bleh bla.....

Muka mengantok tapi layankan gak ayah nak berbowling

Ibu dahaga manjang pose malu2 miau

Famili lin dengan baju merah menyala, x lupa sponsor kami mlm tu jajan twisties kena mau.......oleh hubby

Anak2 sibuk menyusun bola. "jaga2 kang jatuh kena kaki penyek"

Lagak ngeri oleh hubby sebab kelamaan simpan skil balingan bowling powernya selama 6 tahun. Sampai bersarang.


 Sengeh sebab dapat jatuhkan 10 pin......terer ar. Yang tu tangan mak buyong ea.

Tak lupa pose tos.....kepada tim lawan yang memang handal....

Memikirkan skil mana yang nak diguna pakai......





mak buyong x main bowling, jadi camerawomen jer. Jadi, wajib bergambar ngan lin satu2n ya pemain wanita malam tu.


Tos......sebab hubby dia memang terer main bowling....

Alfi Syakirin & Izzul Haziq

Kes sejuk.....




Pas penat main bowling kami jalan2 cari makan .....ni yang alfi cakap. memang perut melapor manjang. Nak cari tempat yang strategik dan dekat ngan umah. Boleh ler lepak2 kat sini. Aku makan nasi goreng cendawan, hubby nasi goreng paprik, lin & family makan nasi putih ngan soup tulang. dan sate untuk kami semua.








Ada gak yang numpang enterprem...anak tokey yang angkat tangan tu.

Thanks for Being My Friends