Thursday, June 30, 2011

HASIL DARI KEBUN BELAKANG UMAH


Ni kali ke-tiga hasil buah pisang nipah. kali ni tak sebesar yang sebelumnya, tapi alhamdulilah......mintak tolong jiran amikkan sebab hubby kerja balik 7pm.

Pas kat jiran sebelah......

IKUT JEJAK MISAE

Misae, aku baru nak masuk 3 story horror drama. Best gak mysoju.com ni, aku tengok hansel & gretel versi korea, Apartment 1303, The hunted apartment. Tapi yang tak bestnya apartment 1303 semuanya mati ngan heroin2 skali. Hansel & gretel plak bukan cam omputih nya. Ye la dia makan rumah yang dibuat dari makanan. Tapi ni dia boleh bayangkan apa sahaja yang mereka bertiga ni mahukan. Ayah dan ibu yang baru! Dasyat ketika mereka kecil, disiksa....kemudian mereka balas dendam kepada orang dewasa yang tersesat masuk kedalam hutan. Memaksa mereka tinggal dengan budak bertiga ini. Mengikut arahan mereka.

 The hunted apartment pula mengisahkan budak perempuan yang dirogol oleh bapanya yang mabuk, cerita ni cam tak best sangat....semua mati, kecuali budak perempuan yang sama nama ngan hantu tu jer hidup. Jiran2 yang dah tinggal kat apartment tu tak boleh pindah kecuali ada yang datang menyewa dan mengantikan mereka. Kesian......

Yang ni plak Apartement 1303, pun semuanya mati jatuh dari balkoni tingkat 13. Semuanya penghuni apartment 1303. 

KENALI SIKAP MELALUI HURUF PERTAMA PADA NAMA

A

  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalampergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudahberasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkanperasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

  • Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakandirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia danpenyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

  • Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalanganrakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

  • Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuatbekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapaicita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.



E

  • Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

  • Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Merekajuga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

  • Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

  • Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaanorang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.



I

  • Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

  • Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L

  • Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

  • Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

  • Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

  • Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

  • Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agakpendendam dan boros.

Q

  • Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

  • Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

  • Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukarmenahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

  • Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

  • Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

  • Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

  • Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yangtinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinyaboleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

  • Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

  • Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

  • Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Read more: http://www.borakkosong.com/2010/08/kenali-sikap-melalui-huruf-pertama-pada.html#ixzz1Qj5QNF3E

(P/s) Tak semuanya betul..x tau lah orang lain....

MY HOUSE IN PROGRESS

Rumahku adalah dimana aku dan keluargaku tinggal. He3x....... apa ayat ni?  Pejam celik dah lama aku duk umah ni, dari mei 2007 hinggalah sekarang. Banyak idea dan perubahan yang aku dan hubby buat pada rumah kami. Bukan apa, rumahku adalah syurgaku didunia ini. Tapi syurga di akhirat tuhan saja yang tahu. Ayat biasa "manusia takkan cukup dengan apa yang ada" tapi aku biasa2 jer. Ala kadar, tak melebih luar dari kemampuan kami.


Tuesday, June 28, 2011

TIME TO INJECTION

Salam semua, hari ni turn gi klinik cb. Sampai ngantuk2 tunggu turn. Bila dah ceq perut ingat boleh balik. Sekali kena injet ATT plak. Adui! sakitnya bila ubat masuk, lenguhnya....walau macamanapun kena gak drive. Aku bernasib baik sebab cik nurse double ceq kat buku pegnant. Ada ke nurse yang ceq perut kata aku naik 1.6kg dlm masa kurang 1 bulan. Mak oi! gemuk ler aku cam tu. Last2 double ceq naik 0.8kg jer. Hah! selamat, kalau x 3 hari berturut2 aku kena ceq tekanan darah kat klinik. Dah lah jauh ngan tempat kerja. Tak sanggup. Baby lam perut pun tak reti diam berjoget2 sebab lama giler aku duk menunggu. Sib baik x tertidur, sangap tak usah citer banyak kali.......he3x...ni lenguh lagi ni. Dia kata 2 hari baru hilang kebas.....

Monday, June 27, 2011

SIHIR

Salam semua, jumaat lepas, pas amik izzul kat umah pengasuh duk rehat kejap on tv3. Terkena plak masa tu tengah rancangan Al-kuliyah cerita pasal jenayah sihir. Sampai satu bab tu ustaz tu cerita tanda2 terkena sihir. Tapi yang menangkap kat otak sampai sekarang ni tanda2 terkena sihir tu macam aku pernah alami. Yang pertama, mimpi jatuh dari tempat yang tinggi. Kedua, selalu mimpi kena kejar ngan ular. Masa tu aku baru kawin dan belum ada anak lagi. Tapi dah 2 tahun lepas berlaku.  Ketiga sendi2 penting kat anggota badan kita selalu lenguh2 sakit walhal bukannya buat kerja berat pun. Muskil siapalah hamba allah yang baik hati tu hantar sihir kat aku.

Ni aku ada copy paste cara2 nak elak santau dari wanitamelayu.com


1)SEBELUM MAKAN(X KIRA KAT MANA2,LEBIH2 LAGI KAT LUAR)

-AMBIK GARAM SECUBIT,BACA BISMILLAH DAN MAKAN.PASTU BARU MULA MKN MAKANAN LAIN.MAKAN TU KALAU BOLEH JGN TINGGAL SISA KITA DLM PNGGAN KECUALI TULANG,MAKNANYA SEBOLEHNYA HABISKN NASI YG DIMAKAN.

-PESAN ARWAH ABAH,KALAU KEADAAN MENGIZINKAN,CUBA TEKUP SEBELAH TELINGA,KALAU KITA DGR BUNYI BERDENGUNG MAKNANYA TIADA UNSUR SIHIR DI SITU.ATAUPUN USAP RAMBUT,KALAU DGR BUNYI USAPAN RAMBUT,MAKNANYA TIADA UNSUR SIHIR DI SITU.MAKANLAH DGN BERINGAT KEPADA ALLAH.



2)PERGI KAT MANA2...NAK2 TMPT SPT NATURAL WATERFALL,PANTAI KE KALAU BAWAK ANAK2 GI SAMA TU,SEBELUM SMPAI RUMAH BACA AYATUL KURSI 9 KALI DAN TIUP PADA UBUN ANAK2,PESAN PADA YG IKUT KITA TU(SUAMI OR SAPA2) PUN BACA AYATUL KURSI TU.KALAU SUAMI ATAU AHLI KELUARGA YG LAIN BALIK TGH2 MALAM TU,SURUH DUK KAT LUAR KEJAP,JGN BAGI MASUK RUMAH TERUS,SURUH BACA AYATUL KURSI 7 KALI TIUP KIRI KANAN ATAS BAWAH BARU LAH MASUK RUMAH.MASUK JGN PERGI KAT ANAK2,PERGI MANDI DULU.



3)TIAP KALI PAS ANAK2 TIDO RAJIN2 LAH DUDUK DI SISINYA DAN BACAKAN AYAT2 4 KUL DAN AYATUL KURSI,3 KALI SETIAP SATU DAN TIUPKAN KE TELINGA KANANNYA.BUKAN SAJA AYAT2 TERSEBUT,MASA ANAK TIDO KITA BOLEH BISIKKAN PADA DIA SUPAYA DENGAR CKP KITA,JADI ANAK YG SOLEH DSGNYA.LAGI2 LAH KALAU TGK BADAN ANAK MCM TERKENA RENJATAN OR NANGIS TAK PASAL2,BACA AYAT2 4 KUL N AYATUL KURSI,LAGI ELOK KALAU ADA SIMPAN AIR BACAAN YASIN OR AIR ZAM ZAM KAT RUMAH,USAP2 KEPALA ANAK SAMBIL BACA AYAT NI.



4)KITA NI ADA DERIA NAK KESAN BILA BENDA2 TU ADA DEKAT KITA,JGN TAKUT SBB BKN KITA YG SEPATUTNYA TAKUT PADA DIA.



SHA CKP NI DARI PENGALAMAN SENDIRI,MASA SEKOLAH SUKA MASUK HUTAN JADI TAU SERBA SEDIKIT PETUA DAN AMALAN ORG DULU2 BILA NAK REDAH HUTAN BELANTARA.PASTU SIHIR DAN RASUKAN NI PERNAH TERJADI DLM FAMILI DAN KWN2 SHA,DAH PERNAH ALAMI.



SBLM SHA LAHIR ATAS DUNIA NI,MASA DLM KANDUNGAN MAK,BENDA NI CUBA NAK BUNUH SHA TAPI TAK BERJAYA,TAK TAU SBB APA BENDA NI NAK BUNUH TAPI IA BERJAYA SEBABKN KEMATIAN ABG SHA YG KE 3,ARWAH ABG SEMPAT HIDUP SEHARI JE,BIRU BADAN ARWAH COZ MASA MAK HAMIL SELALU KENA CEKIK NGAN BENDA NI.MASA TU ARWAH ABAH TGH KUAR TABLIGH,JARANG2 ADA KAT RUMAH.TIME MAK NGANDUNG ABG KE 4 BENDA NI X KACAU,TIME NGANDUNG SHA DIA KACAU TAPI X BERJAYA.NI PUN BARU LAST YEAR MAK BAGI TAU KAT SHA COZ SHA CITE PASAL MIMPI PELIK SHA MASA MAK TAKDE KAT RUMAH.BENDA NI ADA KAT LUAR RUMAH,KETUK2 PINTU BERTALU-TALU NAK MASUK DLM RUMAH,JEGIL2 MATA DAN GIGI TAJAMNYA KAT SHA,SHA NI SEDAYA TOLAK PINTU X BAGI IA MASUK SAMBIL MULUT NI X HENTI2 BACA AYAT2 SUCI.BILA TERJAGA HATI STILL BACA SURAH YASIN...KUL 3 PAGI..X PERNAH DAPAT MIMPI CAMTU,BANGUN AMBIK WUDUK PASTU GI RUANG TAMU,PERHATIKAN PINTU MASUK,TUBUH MENGIGIL,PEJAM MATA TERUS LAUNGKAN SEKUAT HATI ALLAHHUAKBAR BYK2 KALI.PASTU TERUS X TIDO,BUAT SOLAT SUNAT.PAS MAK BALIK DARI SHAH ALAM,SHA CITE PASAL NI,BARU LAH TERBUKA CITE PASAL KEMATIAN ABG SHA TU N SEPANJANG MAK NGANDUNG KAN SHA NI.X TAU LA NAPE IA NAK BUNUH KAMI BERDUA NI SEDANGKAN 3 YG LAIN XDE PLAK DIKACAUNYA.WALLAHUALAM.



BENDA2 NI MMG ADA,SIHIR,HANTU SYAITAN,IFRIT..TAPI JGN LUPA YG PALING BERKUASA ADA KAT ATAS SANA...ALLAH S.W.T

Wednesday, June 22, 2011

SARAPAN BERSAMA HUBBY

http://hashsg.com/rides/peta/images/6.jpg


Foto: google
Pagi ni pekena roti canai 1 1/2 keping ngan segelas teh tarik. Special kedai tok long (tok sedara hubby) kat medan selera kg. kopok. Memang selalu sarap kat situ. Si izzul ler hantu roti canai. Hubby cam biasa roti kosong satu ngan tampal bawang satu. 
Kemudian tapau sekali makanan tuk tengahari, sebabnya teman rehat bersama puasa. Lagipun cuaca sekarang ne panas masyalah. Baik duk kat ofis jer.

Tuesday, June 21, 2011

MY HERO

Both of them working hard, especially izzul. Sampai 3,4 kali kena mandi. Mana tak nya, ada ke simen dia buat bedak. Menguji kesabaranku.......Me keluar modal, hubby buat kerja. He3x.





YESTERDAY STORY

Semalam 20 june my birthday yang ke 30 tahun. Dah makin tua aku, baru nak masuk 2 cahyamata. Alhamdulilah...rezeki tuhan nak kasi. Selalunya aku ngan izzul yang kasi suprise kat ayah dia. Kali ni mereka berdua pula. 

My birthday cake Hazel Chocolate mousse cake. Ntah ea betul ke ejaan. Tapi memang sedap...tq abang ngan izzul.

Thursday, June 16, 2011

WEBSITE BLOGGER tahun 1999

Beginilah bentuk awal website-website yang sekarang terkenal di internet. Setelah melalui perjalanan panjang, akhirnya website ini nampak seperti yang kita lihat sekarang. Inilah screenshoot website-website itu..

www.blogger.com website, didirikan tahun 1999


www.google.com website, dibuat tahun 1996

www.myspace.com website, didirikan tahun 2003

www.nytimes.com website, didirikan tahun 1995
Copy paste dari borakkosong.com

Tuesday, June 14, 2011

NAK JAWAB PASAL LELAKI MACHO.

Sejak dari kecil, aku memang dilahirkan berjantina sebagai perempuan. Sejati tau mah, sebab dah start sekolah rendah, masa tu aku darjah 6 delima. Aku ada minat satu mamat ni. Cam lah dah tak der lagi mamat kat dunia ni yang sehensem dia.  Bila aku dah sekolah menengah pulak, terjumpa mamat lagi hensem. Jadi, pandangan aku beralih ke mamat ni. Bukan sebab cinta ditolak, kecebus jatuh sungai. Tapi aku jenis suka kat lelaki tapi x cakap, diam2 sudah. Bila tengok best friend bercouple. Aku ngejek dia. Last2 masa form 5. Aku plak terkena virus cinta. Tapi bukan dengan mamat sekolah. Umur dia jauh setahun dari aku. Aku jenis tak suka tukar2 lelaki kalaupun dia seteruk mana. Last2 bila dah tak tahan tahap gaban, atuk nenek, moyang pun tak tahan. Putus.........di tengah jalan. Bagi aku kalau dah kenal sorang mamat...nak stay ngan dia jer. Tapi kalau perangai teruk, hampeh. mak bapak, adik beradik, sedara mara, jiran tetangga pun tak gemar. Pikir sendiri ler. Akhir kalam aku bertemu jodoh dengan suamiku, tersayang........dah buat n3 ni rasa rindu plak kat abang azri. Tak per malam nanti kita jumpa ea....(sambil tekup muka pakai kedua telapak tangan ni aku menaip) malu...ah!........




p/s: aku bukan x kenal, bila ada cerita atau gosip yang mengaitkan lelaki2 macho tu ngapal ler sekejap. dah lama sangat tu x berapa nak popular....dah lupa dah..........(ko kan ada, jadi kamus aku mah, cam x biasa plak)

Wednesday, June 1, 2011

My Baby progress. (16weeks)

Gambar google punya

Ha? Lama giler tak berblog. bukan x idup lagi ea. Masih bernyawa. Cuma.....malas nak updated, malas nak amik gambar. Sian my camera, lama tak manja2 ngan dia. Selasa lepas gi check baby progress. Hu2x poor progress. Dan 9/6/11 ne jam 10.00am kena gi HSI jumpa pakar. Cuti lagi, hubby masa tu baru balik kerja pagi. Sian, kena temankan ayang gi checkup. Ha2x kerja yang paling rajin aku buat.......... jumpa dokter. Tipu! Sebenarnya malas giler. Biasanya kalau sakit pun dah tahap teruk jer aku jumpa dokter. Pastu bila dah makan ubat and ok. Bye2 ubat.....walau mahal cam mana pun.
Ha2x...aku masih lagi kurang makan. Banyak loya dan muntah. Selera memang x usah nak cakap. makan bila perlu dan paling kesian makan pun nak kenyang jer. Tak der lah nak rasa nikmatnya makanan yang ku kunyah. Berat turun dari 69.1kg ke 68.6kg. Ok, my baby dah masuk 16 weeks, my tummy dah nampak besar. A bit worry about my baby progress coz my weight still 68.6kg. Tapi yang satu ni tetap sama. Rajin buat kerja umah. Siap galih2 barang2 umah. sabtu lepas aku ngan hubby serta izzul mengemas umah kami setiap sudut. Dapi pagi ke malam, Ahad aku tak kemana relax jer kat umah. Hubby ngan izzul jer kluar gi kota. Start sabtu izzul dah batuk2 dan badan suam2. Tapi, isnin dia dah teruk, kalau batuk+kahak. Confirm kena lelah. So, kena jaga dia sehari kat umah.

Thanks for Being My Friends