Besar tajuknya tu, mencari kedamaian. Ha2x....kedamaian didunia dan akhirat. tapi yang aku nak cerita kali ni kedamaian didunia, terutamanya kedamaian di kediaman kami. Disebabkan sekarang ni banyak waktu aku habiskan dirumah. Jadi penting keindahan, keselesaan, keharmonian dirumah. Lagipun aku lebih suka duduk dirumah dari merayau ke rumah jiran. Bak kata orang lebih selesa dirumah. Betul tak? Tak tahu kenapa aku lebih suka warna hijau berbanding warna lain. Malah lampu depan umah pun hijau.
Ada sesuatu yang akan ku tiru dengan gambar ini...tunggu...............Sedikit penukaran warna dari hitam ke warna kegemaranku. Dan pengubahsuaian dengan keadaan di malaysia.
Cantik juga warna kuning untuk laundry room. Tak sabar rasanya, banyak idea dekorasi masih tersimpan dimindaku.
Warna turqoise juga menarik dipadankan dengan almari dan mesin basuh putih. Suci dan mencuci.......
Dapur padanan kuning, putih dan hitam..not bad....