Melihatkan gambar2 ini, sayu rasanya. Siapa kata di dunia ini tiada lagi insan yang bernama ibu yang tidak punya perasaan, yang hilang naluri keibuan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya derita, malah jika melihat anaknya sakit, walau hanya demam sahaja. Kalau boleh hendak dipindahkan sakit itu kepada dirinya. Biar dia sahaja yang sakit jangan anaknya. Cuba perhatikan gambar2 ini.
Bukan seperti ini, ibu yang sanggup melemparkan anaknya dari tingkat 7 apartment kerana tertekan.
Ini adalah gambar pertama seorang wanita 53 tahun yang melemparkan anaknya hingga mati dari tingkat tujuh sebuah blok apartment di New York. Xiao Aiu Cai dikatakan melemparkan bayinya yang berusia antara dua atau tiga tahun dari jendela apartmentnya dan dia dikatakan membuat perkara itu dalam keadaan tertekan.
Saksi mengatakan dia mendengar suara orang menjerit seperti terkena histeria dan apabila mereka melihat seorang wanita cuba melemparkan anknya kebawah.
P/s: Manusia insan yang tidak sempurna, tapi aku masih punya akal fikiran yang sihat. :)