Thursday, November 28, 2013

SEPETANG BERIADAH DIHUTAN BANDAR, JOHOR

Kami suka buat plan last minute. Tak rancang pun nak ke hutan bandar. Bila dengar pengasuh shiera nak ke hutan bandar, johor. Hati terdetik, ok gak bawak anak2 jalan2 kat sana. Tak sangaka plak menjadi plan yang last minute dan dipersetujui oleh hubby. Pergi pun dah petang sebab sebelah paginya hujan. Yang lawaknya sesat plak nak cari hutan bandar. Dah lama tak pergi. Seingat aku last pergi masa si izzul kecik lagi, rasanya masa dia masih baby lagi. Lama bangat kan? Memang patut pun sesat. Kalau tanya aku mana arah tuju memanglah kelaut.....Tapi si hubby ni pun tak ingat jalan. Sampai jer kat sana kemain suka si izzul ngan shiera. Ada plak yang menjual makanan untuk disedekahkan pada kura2 dan ikan2 yang sentiasa lapar. mana taknya lempar jer berkerumun ikan datang. Aku tengok rata2 ikan keli yang ngap. So kami enjoy walaupun si izzul merengik nak mandi. Shiera apa lagi kalau nampak air......suka kemain. So, aku janji ngan diaorang next time kita pergi lagi. Tapi sempat gak singgah makan chicken chop & grilled kat hutan bandar ni. Belum lagi gerai dibuka dah ramai yang kerumun. 





 

















 



 



Thanks for Being My Friends