Tuesday, July 17, 2012

INSYALLAH SAMPAI JUGA RAMADHAN 2012


Tak terasa ramadhan 2012 akan tiba tinggal 3 hari saja lagi. Aku hanya manusia kerdil dibumi allah. Manusia yang tak lari dari melakukan dosa, kecil mahupun besar. (Bunuh orang belum lagi). So.......insyalah banyakkan beramal dibulan ramadhan nanti yer noreen. Nak ke surau buat terawih dah susah dengan shiera lagi. Jawabnya hubby ngan izzul jer la ke surau tu pun kalau hubby tak kerja. Tahun lepas izzul banyak puasa 1/2 hari. Kali ni sori mori yer kena puasa full. Ngelat kalau berbuka makan vitamin. Tu cerita puasa tahun lepas. Nak berbuka sebab nak makan vitamin jer. Apa kebenda ntah. Rugi jer. Vitamin bukanya kenyang pun. So, persiapan nak puasa yang aku & hubby dah berpakat.


1. Kosongkan air dalam peti sejuk.
2. Tiada stok makanan ringan macam cornflakes atau biskut.
3. Ibu ngan ayah kena kuatkan semangat. kenapa? Jawabnya si izzul merengek minta air...kena buat deq jer ...penting tu.
4. Kena banyakkan beli buku cerita. Nak suh izzul leka baca buku.
5. Yang tak syok, kena selalu pergi pasar ramadhan beli juadah feveret dia. Burger! hampeh!

Paling sayu, ni tahun ke-4 beraya tanpa ibu mertua dan tahun ke-2 tanpa abah mertua. Sian shiera tak sempat kenal arwah nenek dan atuk dia. Hanya gambar2 lama jadi kenangan, Paling sayu hubby sebab hanya abang yang tinggal selain kami ber-3. Kalau mak ngan abah masih ada mesti seronok berpuasa apalagi beraya ngan cucu2x dia. Rindunya masakan arwah mak mertua. Bebelan arwah abah yang selalu nasihatkan kami. Bila lah anak2 aku nak ada mak long ea? Penatnya bila semua kerja kena buat. Rumah sendiri, rumah arwah mertua, rumah mak. Ha! banyak lagi kerja x siap kat umah mak. Nak cat, pasang siling. Wiring ruang tamu. Pening2x....bilalah nak settle. Harapan aku semoga ramadhan kali ini kami sekeluarga akan jalani dengan tabah dan redha. Menitis air mata bila teringatkan mereka...Apalagi bila terdengar lagu raya. So.....macam biasa...dah nak akhir puasa baru aku on lagu raya......Kang ada kang hubby tangkap leleh........aku jugak ikut leleh..hwa!..........


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2012

Thanks for Being My Friends