Salam pagi khamis semua, semalam aku kena cirit-birit tapi yang tepatnya subuh rabu tu dah start dah. Perut aku ni punya signal yang kuat. Kalau makanan yang aku baru makan tu tak berapa ok kebersihannya. Konfem selesai jer makan mesti terus bruuururuuuu...... Ada 1 kes ni terjadi masa aku kat restoran kota masai. Aku selalu makan kat situ. Order siakap 3 rasa, kailan goreng ikan masin, nasi putih, telur goreng, tom yam sea food. Kira order yang set ler. Biasa makan ok jer, sekali tu dah nak habis makan perut aku bunyi blurmruuuuuuu....pegi jer toilet bersepah, tak yah teran2. Lama gak dalam toilet. Tapi dalam hati aku kata "membazir" baru jer makan, kalau yer pun nak buang tunggu ler esok pagi. Dah melabur pastu lapor ler plak perut ni.
Ha! tapi kali ni aku cirit birit, bila sendawa mulut cam bau sampah. ye ke? boleh ler....memang busuk ar sampai aku sendiri pun x tahan baunya. Aku memang tau ni mesti nak tercirit. Kan betul aku siap MC. Melecet ko.....dah tu pening, yer ar dah tak der benda nak kuar...air jer......Nak makan x selera, nak minum air yang bersusu tak boleh. Minum ler teh pahit.
Rendam empat sudu makan daun teh di dalam segelas air panas sehingga kembang. Setelah itu minum air teh tersebut dua kali sehari sehingga cirit-birit sembuh.
Aku plak malas giler nak makan pil2 ni kecuali pil RESDUNG. Sebab aku ngeri kalau hidung lopong.