Thursday, January 28, 2010

MELAWAT ORANG MENINGGAL

Hari ne masuk kerja lambat skit sebab gi melawat orang meninggal dunia, tak jauh belakang umah pak mentua je. Arwah(lelaki) ne tak sakit tapi ada masalah nak buang air kecil. Dia meninngal subuh tadi. Hari isnin lepas kata cik lin arwah pak razak ne dah sihat, tiub kat saluran kencing pun dah dibuka. Tetiba je dia nak tengok cucu gi sekolah(jalan kaki). ok la tu dah sihat. yang pelik dia boleh gi kedai atas belikan cik lin(jiran abah) biskut, cik lin nak bayar dia cakap aku sedekah je kat kau. Pelik gak......pastu 2,3 hari pastu dia sakit balik dan pas subuh tadi dia menghembuskan nafas terakhir disisi isterinya pertamanya. Dia ada 2 orang isteri dan ramai anak serta cucu. Tadi masa kami sekeluarga melawat ramai yang datang. yasin perempuan pun dah start baca yasin. Apa pun semoga rohnya dicucuri rahmat, diringankan azab kuburnya serta ditempatkan disisi orang2 yang beriman. ALFATIHAH......

* JARANG KITA TERJUMPA SI ISTERI PERGI(MENINGGAL DUNIA) DAHULU DARI SUAMI TETAPI SI SUAMI PERGI(MENINGGAL DUNIA) DAHULU MENINNGALKAN ISTERI BANYAK BERLAKU.

Wednesday, January 27, 2010

KETAKUTAN

Kejadian ne berlaku semalam petang masa on the way nak balik umah pas gi umah mak. seorang nenek ne tahan kete kami. hubby berhentikan kereta pas tu suh aku tanya nenek ne nak apa. lum sempat tanya dia dah cakap dulu."anto nenek kat bas stand masai" aku ngan hubby pandang muka masing2. tak tau nak kata apa...pas tu aku jawab ler, kami tak pergi masai. tolonglah, kesian kat nenek, nak jumpa cucu, cucu tak ada. nenek dari bandar baru uda. kesian punya pasal dan atas rasa kemanuasian kami tumpangkan. kalau niat dia baik, niat kami pun baik. tapi kalau sebaliknya allah saja yang tahu..dalam hati ne tuhan je yang tau..harap2 perjalanan kami selamat..ye la, sekarang ne mcam2 benda leh berlaku, pukau lah, rompaklah. tak kira usia. nenek ne asyik cakap."SELAMATLAH KORANG SUAMI ISTER SEBAB TOLONG NENEK" aku cuma senyum jer. pas tu dia tanya duk aku duk mana, ne suami ker?, anak sorang je ker? pas tu leh plak dia tanya "ANAK TENGOK NENEK KESIAN TAK? KALAU KESIAN NENEK NAK MINTAK RM2" aku angook pas tu jawab nanti aku kasi ye nek. takut...takut...aku main ambik je kat laci kete ada berapa ntah..kata hubby rm5. terus kasi kat nenek tadi.......bila dah hantar nenek tadi. aku cuba soal siasat anak aku sebab dia duk kat belakang nagna nenek tu. pucat seh muka dia. boleh dia kata nenek tu "HANTU" apa lah haziq.......

Tuesday, January 26, 2010

JUALAN DI NOREEN MINI SHOP

JUALAN NAK CLEAR BARANG
BERMULA 25/01/2010
PENGHANTARAN MENGGUNAKAN POSLAJU
BELI BANYAK HARGA BOLEH KASI TURUN

CAMERA UNTUK DIJUAL








CAMERA DIGITEL : OLYMPUS
MODEL: FE 46
WARNA: HITAM,PINK,SILVER
HARGA:RM459.00 (2 X PAYMENT)
AF ZOOM: 6.3 -31.5MM
12 MEGA PIXELS
5X OPTICAL ZOOM
MADE IN: TOKYO
KONDISI: BARU waranty 1 YEAR
*FREE: BATERI 2A & MEMORI CARD 4G
*MASIH DIDALAM KOTAK, TERSEDIA DENGAN BUKU PANDUAN, CD, USB CABLE, TV CABLE, SARUNG CAMERA DAN TALI CAMERA.
5 UNIT AVAIABLE
1 SOLD TO RINA
1 SOLD TO EIJA 1ST PAYMENT 26/01/2010
1 SOLD TO NJ 1ST PAYMENT 27/01/2010
BERMINAT CALL: 013-7620416

Monday, January 25, 2010

PEMERINTAHAN KERAJAAN SULTAN JOHOR.

DYMM Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail[1][2] (8 April 1932-22 Januari 2010) Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar (17 September 1873 - 8 Mei 1895)

Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim (lahir 28 Oktober 1894 - mangkat 10 Mei 1981)
Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim (lahir 3 Februari 1833 - mangkat 10 Mei 1895)Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862)

KUNJUNGAN KAWAN BLOG





Dah lama nak jumpa, nak anto roadtax ngan insuran. Tapi ada problem, akhirnya siap gak dan kunjungan keluarga kak NJ ke rumah kami. Seronok kenal kak NJ ngan Family dia, orangnya senyum sokmo....dan peramah....anak aku macam biasa...mula2 malu pastu tak tau malu....seronok kata dia kawan ngan anak kak NJ. Anak dia pun sporting. Seronok bebual ngan kak NJ, ye lah aku pun peramah giler...banyak cakap...sampai kak NJ tak leh nak celah....Dalam banyak2 gambo yang aku ngan hubby ambik cuma gambo hubby ngan suami kak NJ jer yang elok....tak leh jadi ne mesti anto camera tu gi pajak gantung...tu la...asyik ambik gambo tak cantik jer...ha! biaq pi........ Aku hanya sediakan air teh, kek pisang ngan kerepek pedas jer. Tu je yang sempat. Sebab siapkan barang tunang adik ahad depan. BOLEH TAK LAIN KALI KAMI KE TERATAK KAK NJ? boleh lah.................he3x...mesti cantik umah akak......

BERKABUNG UNTUK ALMARHUM SULTAN ISMAIL


Sebagai rakyat johor senang cakap anak jati johorlah sebab lahir kat kota tinggi,johor. Pada 22/01/2010 jam 7:15mlm lebih kurang camtu sultan johor telah mangkat. Rakyat johor diperintahkan untuk berkabung selama 7 hari. Sebab dia sultan kita, yang kita sanjungi dan hormati. Tapi aku lihat tak ramai yang berkabung seperti lelaki pakai songkok dan dibalut reben atau kain putih, dan perempuan pakai tudung warna putih. Kenapa ya? adakah kat negeri johor ne dah kurang orang johor atau malaysia? mungkin dah ramai orang luar negara....kot...apa pun kalau dah pijak tanah johor...kena ikut peraturan johor. bukan apa hormat sultan kita.......takziah diucapkan kepada kerabat johor.....alfatihah.............

Friday, January 22, 2010

KEMALANGAN

Salam pagi jumaat, macam biasa hari ne pun jem jugak ditambah hujan lebat. Baru lepas traffic light dari politeknik pasir gudang jer terus jem. malas nak layan jem aku patah balik umah..dengan hujan lebat tu. sampai kat umah jiran cakap ada kemalangan kat depan tu bas 2 tingkat langgar budak. Dengar citer budak tu meninggal. Wallahualam tak tau...kul 9:00pg tadi aku baru kuar gi kerja. Kurang skit ler jem dia,tapi pegawai polis ngan cameraman ada lagi kat situ...tadi aku ada gak dengar bunyi ambulance.Memang ada kemalangan la.

Thursday, January 21, 2010


GERAM!!!!!

Tajuk geram? memang geram. Hari ne gi keje kuar umah kul 7:30pg ingatkan boleh sampai sebelum kul 8:00pg tapi sangkaanku meleset kecepuk jatuh. Sekali jalan jem kat area nak masuk kota masai. Apa lagi aku berpaling tadah ceh wah.....pusing ler tu nak lalu kat tmn. cendana...bila sampai kat selekoh kedai2 hatiku hancur lebur berkecai..sekali jem jugak...macam nak nangis.....hwa......yang sakit ati 1 line buat 3 line dengan van MEGA L pun sama berebut nak lalu walhal itu jalan aku....BENCI.....BENCI.....eeeeeeee GERAM!!!!! macam nak kuar kete pastu jadi polis trafik....berani ker? tapi tak de baju hijau...ad satu minah ne naik proton wira saloon maroon ciluk2 berebut ngan aku..sekali tu ada motor nak ciluk kete dia..gedegang motor tu terlanggar belakang kete dia...calar beb..padan muka! tu la tak tau undang2..nak cepat sangat...apa ko ingat ko sorang jer yang nak cepat? lain kali SABAR....bila sampai kat masjid TMN. cendana baru aku tau apasal jalan jem..rupanya kete ngan motor berlanggar daaaa....tak seteruk mana, tak ada yang luka...tapi dah ketepi..biasalah ORANG MALAYSIA suka busy body...mesti nak negok tu yang jalan jem.....WAHAI ORANG2 MALAYSIA UBAHLAH PERAGAI MASING2.......

Wednesday, January 20, 2010

Tapi....jeng2......jeng2.....ada gak yang sanggup makan kat tempat cam ne....kalau aku kembang tekak..muntak kat situ gak...memang bersih tapi kan tu tempat nak yak...eeeeeeeeeeeee


Toilet yang menarik perhatianku.
Cantik dan kemas jer tengok toilet ne rasa sayang nak guna buat display jer. Kalau ada yang baru nak renovate toilet dan yang pattern yang simple2 boleh lah try yang mana2 kat sini. ewah promote. kita copy kat forum.cari.com.my

Good Morning Johor........Ha! kali ne nak citer pasal hujan semalam kat area rumah. Tengah ambik gambo umah terambik sekali gambo kat luar umah masa ari hujan. Lebat giler hujan dengan ribut petir. Hubby nak tengok tv pun tak jadi sebab aku dah sound....."actually cuit jer kat kepala lutut dia" dia paham ler tutup tv. Yang peliknya kat luar grill pintu aku masa aku ambik gambo tu banyak benda ne...kata mazidul akmal sidek, orbs...macam roh..tapi sebenarnya apa ek? sapa tau?

Tuesday, January 19, 2010

Bilik Izzul Haziq nepun ikut rasa tekak ibu dia. sib baik dia suka..bila sepupu dia datang tak nak balik...pun konsep yang sama iaitu ikut kemampuan. asal cantik ok tak kiralah murah pun murahlah asal lawa..he..he..he..
Hari ne memang terajin buat N3 bebanyak. Kamar beraduku...shhhhh private tu. Hias ikut cita rasa dan kemampuan. Yang lain cuma...macam biasa suka alihkan letak perabot.

Salah satu cara untuk mencantikkan rumah dengan kaedah tampalan corak didinding. Dah ramai yang buat tapi yang kedekut macam aku ne bila dah terjumpa yang murah apa lagi. beli jangan tak beli.
Stiker...ada jer cara untuk cantikkan rumah. Nak bli yang besi aka real punya tak termampu..stiker pun stiker lah asal cantik.

Donut olok2....wangi tau bau dia....suka bau......
Aktivi yang mesti aku buat setiap minggu, kalau tak rasa lemah jer seluruh anggota badan ne...jeng2, MENGEMAS RUMAH lah apa lagi. kekononya kak NJ ngan family nak datang sekali tak jadi tak pe...next week kot samapai roadtax kete ngan moto siap.

Monday, January 18, 2010

Sedihnyer muka dia, cian yer......ne gambaran muka aku kalau versi bayi comel...eeeegeli nyer prasantan plak. Sedih + hati ne tetiba jer merontak.....kecewa pas tu lantaklah apa orang nak cakap pasal aku. Cenggini citernya...semalam ada buat gotong royong + surirumah pun gotong royong siapkan makanan tengahari tuk makan ler...tetiba ada sorang kakak ne tanya lainkali nak masak kat umah sapa? Aku pun dengan spontan jawab..."masaklah plak kat umah kita" tau orang lain semua cakap apa? Boleh ke buat serak2 kat umah noreen? bengang gaklah muka ne...aku terdiam pastu aku jawab tak pe lepas tu kan boleh kemas....confirm kakak2 ne mesti selalu ngumpat pasal aku. Bila tanya memasing tak nak ngaku plak. Dari mana diaorg tau ek?????? suka ngemas umah....nak wat cam ne dah lumrah hidup aku memang suka ngemas umah. lantak orang nak cakap apa yang penting aku tak kacau orang. aku tahu siapa yang cakap camtu....sabar, SABAR! SABAR! salah ke suka benda yang bersih? salah KE rajin buat kerja umah,? Aku pelik bila diaorang rajin duk kat luar umah...tak de kerja umah ker? memasing ada anak sekolah ...kalau aku mesti sibuk nak ngemas umah, mop lantai, buat sarap pagi, masak tuk tgh ari, siapkan anak sekolah, jaga anak kecik kat umah, basuh baju, lipat baju....pendek kata panjang tak kata...memang tak siap lah satu ari.....aku tak kesah kalau orang tak nak gi umah aku(memang pun jiran aku datang umah bila raya, ada majlis jer. apa2 pun terpulang pada diri masing2......

TAK PER LAH KALAU TAK DE KAWAN....

Salam pagi isnin 18/01/2010,
Semalam kat kawasan perumahan aku ada buat gotong royong besar-besaran melibatkan heliconia, acasia, aman puri dan hamelia. memang penat giler sampai hubby mc sakit badan2 mana tak nya cuma lorong kitaorang yang stay sampai kerja semua siap yang lain2 belum samapai kul 12:00 tengahari dah cabut balik umah memasing so sampah2 yang belambak semua penduduk lorong kenari 14 yang tolong kutipkan masuk lori sampah. Dah macam MPPG plak. Tak pe ayang salut kat abang dan kenari 14. Sampaikan ada satu penganjur tu (jabatan kesihan) puji yang kenari 14 tunjukkan komitmen yang tinggi. mana taknya cuma lorong kitaorang jer yang banyak keluar untuk join gotong royong ne termasuk kanak2 ngan surirumah sekali. start kul 8:00 pagi dan sepatutnya habis jam 12:00 tengahari. tak berhenti disitu jer pas tu orang lelaki plak buat kerusi ngan meja. bila tengok pihak lelaki rajin kami sisurirumah pun buat makan2 collect duit pas tu masak ikan cecaru bakar, ikan mata besor, pecal, udang,sotong ngan sosej bakar...best giler sampai aku lupa nak ambik gambo. tapi gambo gotong royong ada ler....dengar citer lepas raya china lorong kami akan buat majlis tahlil besar2an. insyalah.....

Friday, January 15, 2010

ALAS DULANG

Ne lah orang kedekut, alas dulang pakai kain langsir. Nak buat macam mana safe budjet...adik pun baru kerja. Apa pun dia puas hati tegok kesudahan.

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers