Tuesday, December 3, 2013

8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia

Aku jumpa senarai jenis tudung ni dalam( Sumber: http://melayukini.net/2011/12/8-jenis-fesyen-tudung-pelik-di-malay) Memang kan? Walau apa pun yang kita pakai orang mesti suka kritik. Tak kira cara pakai baju, tudung, kasut ke. Last2 tu cara jalan, makan, tido silap2 mati pun orang kritik gak. Heran2 manusia jenis yang suka kutuk2 ni kan. Sebabnya manusia yang suka mengkritik orang ni yang perasan dia perfect a.k.a sempurna dimata dia. Kalau ada yang terasa dengan fesyen tudung kat bawah ni maaflah yer. Ni fesyen tudung secara umum. Aku pernah gak pakai beberapa fesyen tudung ni. Tak tau plak ada nama2 yang pelik untuk tudung2 ni. Semua orang nak digelar secara baik kan? Tapi nak buat macam mana dah fesyen sekarang ni tudung yang pusing sana sini, klip pin sana sini tu yang kemain lawa. ha3x...Dulu2 masa berkawan ngan hubby ada ke patut dia kata pin tudung tu terus cucuk kat kepala ke? tak sakit ke? Ha!????? kalau pin tudung terus cucuk kat kepala alamatnya ramai pompuan kat dunia ni serik nak pakai tudung. Tak ler...sematkan jer mana ada cucuk2 bagai. Ok2 ni petikan dari laman tersebut.
Tudung merupakan salah satu cara untuk menutup aurat kepala bagi wanita. Terkini terdapat 8 jenis jenis dan fesyen tudung pelik yang boleh didapati di Malaysia.8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia | Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyentudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudungmenarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

1. Tudung Nasi Lemak

Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.

2. Tudung Bukit

Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

3. Tudung Sarung Nangka

Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…

4. Tudung Alien

Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana

Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…

6. Tudung Siput

Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…
7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.

8. Tudung Muslimah

Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers