Thursday, December 12, 2013

HOUSE OF TURQUOISE?

Tajuk gempaq, tapi x setanding dengan blogger house of turquoise. Aku dah jatuh cinta minat tahap gaban pada warna Turquoise ni sejak tahun 2010 lagi. Sebelum ni hanya warna-warna yang lembut sahaja yang menghiasi dinding rumah kami. Ingat lagi,  masa 1st day nak pindah rumah yang aku duduk sekarang ni. Pening gak kepala nak pilih warna yang sesuai. Siapa tak nak rumah yang cantik, sejuk mata memandang........Dengan spontan aku pilih warna peach & beige ni. Untuk warna peach ni aku gunakan cat yang boleh dilap. Kalau tak salah, cat colourland.

2006



Kemudian bila tengok rumah 1 blogger ni hatiku mula terpikat dengan warna hijau. Bila tanya blogger ni guna warna apa , alhamdulilah dia tak lokek nak berkongsi. Untuk tahun 2009 ni cat Jotun Olive digunakan. Aku pun minta bantuan hubby tukar cat rumah. Tu pun dah 2, 3 tahun gak baru tukar cat warna lain. Biasalah, anak baru pandai menulis. Masa tu si izzul punya anggkara. Tak cukup dinding rumah, dalam kereta pun jadi mangsa contengannya. 

2009



Nak dijadikan cerita kenapa aku memilih warna turquoise akhirnya? Sebab isteri kawan hubby kalau datang ke rumah kami mesti dia akan kata "kalau gi umah noreen mesti nak tidur jer, warna rumah ni kot".....Ok, pastu aku cakap ngan hubby "apa kata kita lain kali kita tukar warna yang terang skit. Dan akhirnya terjadilah I LOVE TURQUIOSE...

2012





Akhirnya...Cat ni masa tahun 2012. Raya 2013 hubby touch-up jer malas nak tukar warna lain. Lagi pun warna ni tengah hangat pada 2012. Pasni tak tau nak tukar warna apa lagi. Tapi cam nak warna beige jer.....

Thanks for Being My Friends

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers